Wednesday, September 21, 2011

di kala sengkek,

bismillah,

Dia belek2 bank statement bulan ini  untuk decide nak bagi berapa kepada tabung. adeh2, baru sedar dirinya agak sengkek juga. dan paypal pula bermasalah. alhamdulillah, cari X, tutup window. tidur.

esoknya, dia terima email dari jiran sana, "MASA MASA SENGKEK MCM NI LA KITA KENA REBUT REBUT NAK INFAQ".

fuhhh. padu di situ teguran yang random tak tahu asal-usulnya.

takpe, dia tilawah dulu untuk hari itu. sambung surah attaubah yang belum habis. and yeah, tekaan anda tepat. tiba-tiba saja dia sampai pada 9:98:

Dan sebahagian dari orang-orang A’raab itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu kerugian...

T.T

Dan 9:99:
Dan sebahagian dari orang-orang A’raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai jalan (yang mendekatkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah.

Dan dia berfikir, Kau golongan yang mana wahai diriii?


sengkek2 pun dia masih makan sedap ><



kuih raya canada-made pemberian adik2 missi!
p/s:Kenapa ayat-ayat ini sangat menakutkan? Sebab 9:97. 

1 comment:

  1. huuuuuuuu. ayat tu power betul. Subhanallah. Rasa malu akan diri sendiri, yg tak bekerja2 lagi. aish. x dpt membantu selain doa :( ke banyak je sebenarnya boleh buat... ;/

    ReplyDelete