Wednesday, September 7, 2011

menjadi diriku

bismillah,

Semasa ziarah raya baru ni, ramai saudara-mara yang turut membawa pembantu rumah indonesia mereka untuk turut beraya di rumah kami. Kami menyambut mereka sama seperti kami menyambut orang lain, jemput masuk, jemput makan. Tapi mereka akan tetap terus ke dapur, cari geng, dan membuat kerja-kerja dapur, walaupun kami dah tegah. Iyalah, mereka hanya pembantu untuk majikan mereka, bukan untuk kami. Hadaf mereka dibawa pun untuk berjalan raya. Bukannya untuk tolong buat kerja.

Mungkin beginilah rupa pembantu rumah indon :p
I came up with a theory why. Mungkin kerana dah sebati dengan diri mereka, itu identiti mereka di Malaysia. Maka pergilah ke mana sekalipun, walau ke rumah bukan majikan mereka, akan tetap bekerja.

Aku jealous. Sebab, bukan senang nak kekalkan suatu identiti ke mana sahaja kita berada. Personally there are times yang aku merasakan begitu payah sekali! Satu contoh, pernah sekali berada di forum agama umum. Pihak penganjur mahu peserta experience makan dalam dulang. Maka kami 'terpaksa' bergaul dengan orang ramai, makan dulang sekali.

Ini peluang yang cukup baik bagi seorang daie sejati. Bukankah taaruf itu asas dakwah? But I couldnt even force myself to do that. Aku diam tak mampu mulakan taaruf, untuk bermanis muka. Tidak mampu influence suasana. Maka walau tika itu aku memakai tudung paling labuh yang aku ada dalam koleksi, tapi aku merasakan sangat fail mengekalkan identiti yang satu itu. Rasa macam membawa malu kepada semua akhawat yang memakai tudung labuh.

So siapa kita bukanlah pada pakaian atau pilihan makanan-tak makan babi (walaupun it does show sedikit sebanyak siapa kita). Tapi pada akhlak dan perangai. A student? A daughter? A malay? Atau all of the above. Whichever identity you relate to, do you really behave like one?


"Kalian tidak akan mencukupi keperluan manusia dengan harta kalian, maka cukupilah dengan akhlak kalian"-Hadith Rasulullah saw yang di salin dari buku Isti'ab, karangan Fathi Yakan. Rating 5 out of 5, recommended!)

Konklusinya, untuk carry out a certain identity, perlu benar-benar menjiwai dan menghayati watak. Barulah 'lakonan' tampak semulajadi di layar perak. Cane nak hayati watak? Sini: Link

3 comments:

  1. salam. stuju. ana membaca post ni dgn penuh penghayatan.. ada benarnya, bila kita pura2 ramah lama2 akan jd peramah, insyallah. hoho -fm

    ReplyDelete
  2. huu selalu rasa susah nak influence situasi. last2 kte yg terinfluenced. susahnya nak carry out identity akhawat. =S

    btw, kejam oh letak gambar dorang as pembantu rumah indon. lol ;)

    ReplyDelete