Saturday, October 8, 2011

insinyur

bismillah,

(publishing an old draft)

Dulu bila pertama kali decide mahu ambil bidang ini, adalah kerana konon-kononnya mahu improve mesin yang satu itu, supaya turut boleh berkhidmat di zon-zon perang yang kurang kelengkapan alatan, seperti palestin.

Kenapa specifically mesin yang satu itu? Kerana aku jatuh cinta terhadap organ (yang mesin itu bantu) sejak pertama kali belajar tentangnya di Tingkatan 2, dari Ustaz Baharuddin yang literally ajar kami Sains dengan berpandukan Quran. Dan sebagai tambahan, buku teks kementerian pelajaran. Malah aku buat projek besar berkenaan organ itu di bawah seliaan Ustaz, untuk dipertandingkan.

Dan dream universitiku, adalah di negeri X. Aku dibawa ke sana untuk sebuah tamrin ketika di hujung sekolah menengah, dan diperkenalkan dengan syeikh-syeikh kabir (tokoh-tokoh) hebat yang menjadi pensyarah disana. 

Masuk pusat persediaan, blergh macam susah je nak kekalkan impian. Dari kira-kira 200 orang pelajar, aku sorang je nak apply untuk bidang tu >,<. Results juga kurang memberangsangkan, tidak memberi keyakinan penuh untuk teruskan cita-cita.

Namun ketentuan Allah itu lebih baik. Alhamdulillah, tahu-tahu saja sudah mendaftar untuk bidang ini pada September 2008, setelah mendapat tawaran untuk bidang ini di universiti aku berada kini pada saat-saat akhir (Sebelumnya aku accept offer yang sedikit berbeza-masih ke-insinyuran).

Tapi dari tahun 1 hinggalah tahun 3 belajar, langsung tak nampak bagaimana aku boleh menghampiri cita-citaku. Hingga aku tekad menanam cita-cita lain tika tahun 3 bila belajar SYSC3501.

Tapi alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, kini tahun 4 begitu jelas segalanya. Satu mata pelajaran penuh aku tentang mesin yang satu itu. Bahkan aku akan (dengan izin Allah) membina mesin itu dari scratch sebagai salah satu dari berjuta mini projek matapelajaran itu.'Kebetulan' apakah ini? Terima kasih Yang Maha Perkasa!

Tadi semasa menjawab soalan prelab subjek itu, aku rujuk google (kantoi) cuba mencari maklumat tambahan untuk di 'goreng'. Kemudian jumpa journal tentang mesin ini, dari uni impian aku di negeri X dahulu. Huahhh!

Allahuakbar for bringing back memories. Subhanallah for reminding me of my original dreams.


Kadang-kadang kita tak nampak bagaimana usaha kita boleh membawa kita ke arah goal kita. Tapi teruskan sahaja usaha. Jalan akan semakin jelas di akhirnya, inshaAllah. Itu janji Dia!


Mohon doa dari kalian moga Allah perkenankan cita-citaku jika itu yang terbaik.

Bismillah.

p/s:Ustaz jabat tangan kata, tanpa insinyur pun dunia akan terus aman. Tanpa islam, dunia binasa. Mengapa spend lebih masa untuk belajar menjadi insinyur dari menjadi muslim? Hah jawab!

pp/s:untuk impian yang lebih besar itu, moga Allah beri jalan juga. Hu.

3 comments:

  1. WAhhhhh Subhanallah Allahuakhbar!! Semoga dreams awak akan menjadi kenyataan atau yang lebih baik untuk ummah and ISlam. Sangat terinspirasi. :')
    Allahumma ameen.

    ReplyDelete
  2. aameeen. kena buat semua utk islam, jzkk fr the reminder! :)

    ReplyDelete
  3. mesin apakah itu?hehe so lame.

    soo true.bila kite ada cita cita kite akan aim sehabis boleh utk cita cita tu kan
    How big is my cita cita utk islam kembali bangkit? kejap naik kejap turun..huhu

    semoga ALLAH terus thabatkan kita semua..

    *ustaz jabat tangankah..hehe comel.
    -reminder-

    ReplyDelete