Friday, November 11, 2011

isti'ab

bismillah,

Uploaded another document to the box on the right, entitled 'isti'ab (1).

Kali ini khusus untuk muharrik dan muharrikah di luar sana. Di sarankan untuk membedahnya dengan rakan se bulatan gembira atau di konferens riang (2), kerana membaca dengan hanya ditemani diri sendiri dikhuatiri tidak sampai seluruh maksud, akan ada makna yang terlepas, sedar-sedar sudah habis baca tanpa rasa apa-apa.

Di saat terasa sangat tak mampu untuk catch up dan sangat intimidated dengan perkembangan orang lain yang sangat laju macam shinkansen dan kita slow kalah kura-kura, perlu mencari motivasi untuk membina semula kapasiti (isti'ab).

Untuk akademik kita boleh bina daya tahan, bakat yang tiada di adakan, mengapa tidak untuk dakwah dan tarbiyyah?

masih ingat lagi dahulu zaman sebelum spm, saya pernah berkata dengan angkuh kepada deskmate, "jadilah apa-apa pun, electrical engineeringlah yang paling confirm sekali takkan ambik". dan lihatlah apa yang saya sedang belajar sekarang.

bukan itu sahaja. bahkan ketika mula memohon untuk kejuruteraan, ramai yang tidak bersetuju. concern mereka bertempat, kerana bagi mereka, saya tidak ada apa yang diperlukan untuk kejuruteraan.

Tapi, demi mengejar cita-cita, minat yang tiada di adakan, perwatakan yang tiada, di pupuk. Dan alhamdulillah, segala puji hanyalah Allah, all credits are due to Him, saya masih berada dalam bidang ini, despite banyak sahaja ketika merasakan tiada kemampuan.

 

Lumrah, bila kita tidak perform, akan penat dengan kekecewaan. Maka mulalah terdetik untuk tinggalkan terus bidang itu. Jadi tidak dapat tidak, perlu perform. Iya, kebolehan semua orang tidak sama. Mana mungkin saya tiba-tiba menjadi pelajar kedua terbaik seluruh Kanada (mencontoh syeikh yusuf qardhawi di Mesir)? Tapi ada tahapan minimum yang kita semua perlu ada untuk terus kekal atas jalan ini, sebagaimana dalam engineering pun perlu mendapat cgpa tertentu atau akan dibuang fakulti.

Dengan akademik kita boleh, kenapa dengan dakwah dan tarbiyyah tak boleh?

(1):Kredit kepada sang kunang-kunang yang memforward kan pdf tersebut.
(2):Copyright Angelwearsgucci.

No comments:

Post a Comment