Wednesday, December 14, 2011

saya ada cerita...

bismillah,

baru ini, X sering muncul dalam hidupku. I could tell, identitinya sudah lain. maka aku pun stalk facebooknya.

kelu tak terkata. benarlah, dia memang sudah berbeza! sudah berubah 180 darjah (ke arah lebih baik). mashaAllah, subhanallah wallahuAkbar!

flash back.

empat tahun yang lalu, ketika dia baru terbang ke negara sana, aku mendengar dia sangat semangat, mendapat cahaya baru dari sinaran ISK. dia kongsikan kepada kami.

tiga tahun yang lalu, aku bertemu dengan seorang kakak di sebuah program. kami berkenalan, dan dia kata dia belajar di bandar sekian, negara sekian, sama seperti X. excited, aku bertanya terus, kenal tak X? dan kakak itu berkata, "oh adik usrah akak tu!"

dan dia pinta, aku tengok-tengokkan X, aku DF X. "please?" rayu si kakak itu. mereka ada mukhayyam negara minggu berikutnya, kakak itu minta aku pujuk X untuk pergi. knowing X back then, aku merasa ah susahnya. dahlah tak rapat. maka aku sekadar bertanya-tanya ayam sahaja khabar X.

Selepas itu, lama aku tak bertanya khabar dia. Dengar-dengar dari ukhti lain(yang lebih rapat dengan X), dia sudah meninggalkan bulatan gembira kerana segan dengan hubungan terbukanya dengan Mr J.

fast forward another 2 years, aku pergi ke program yang mengumpulkan semua negara-negara, termasuklah ikhwah akhawat negara X. aku berkenalan dengan rakan-rakan bilikku, wah ada ukhti negara X lagi! (kali ini orang lain). Maka aku tanyakan pada dia, kenal tak X?

mahu tahu apa jawapan dia? Allahuakbar kebetulan yang maha hebat, dia naqibah ukhti X lagi! (naqibah terbaru). Dia ceritakan sedikit perkembangan X, cukup untuk memberitahuku keadaan X, tanpa membuka apa-apa aib. Katanya, X meminta masa. X meminta di tarbiyyah one-to-one, berasingan dari rakan-rakannya yang lain. aku mengangguk-angguk faham, syukur kerana dia memilih untuk berada di dunia tarbiyyah lagi.

Fast forward many months, kini dia memegang peranan tak kurang penting dalam dakwah tarbiyyah di tempatnya. Juga sudah punya adik-adik usrah sendiri. Dan album gambar facebooknya sudah sepi dari gambar-gambar percutian nya dengan Mr. J.

Tujuan saya cerita, kerana saya merasakan kamu dan ramai yang lain punya perjalanan hidup yang mirip dengan X. Suatu yang saya mahu point out, jangan rasa putus asa. Jangan merasa segan kerana terkebelakang dari rakan segenerasi kamu. Jangan sebab pesimis kamu, kamu deny hak diri kamu untuk berada di jalan tarbiyah yang manis ini.

Allah is still there for you. Dia tak lari. Kamu yang lari. Kamu masih boleh kembali. The choice is in your hands! Meh datang balik meh! saya nak jadi bestfriend kamu sampai ke syurga!

Saya tinggalkan kalian dengan ini (terbaik dari akhawat uia kuantan!):

***

Dan untuk mereka yang punya adik-adik, kadang-kadang, tak terlepas dari perasaan putus asa ke atas mutarabbi kita. Tapi siapa kita untuk merasakan seseorang itu tiada harapan? Kita harus terus mencuba dan mencuba. Kita juga, suatu hari dahulu, adalah seorang yang berbeza, bukannya terus automatik faham (kononlah kan faham). Mengingatkan jahiliyah yang dibuat depan mata kakak-kakak, oh kasihannya mereka! Padahal mereka datang dari jauh semata-mata nak muayashah. Dush >,<.  Kakak-kakak kita pasti pernah merasa kecewa dengan kita, but they didnt leave us did they?

Dan jangan jadi seperti saya, yang terlepas peluang untuk memegang saham dalam perubahan hidup seseorang. Sumpah saya merasa sangat berterima kasih kepada akhawat di negara X kerana tidak berputus asa ke atas sahabat saya. Maka terus usaha dan doa kuat-kuat. Jangan putus asa ke atas adik-adik kita yang merupakan adik/kakak kandung/sahabat-sahabat orang lain, because if you do, you are denying their rights to a better ending. Percaya pada Allah. Janji Allah itu pasti.

2 comments:

  1. " Mengingatkan jahiliyah yang dibuat depan mata kakak-kakak, oh kasihannya mereka! Padahal mereka datang dari jauh semata-mata nak muayashah. " <-- dah ada adik2 sendiri, baru faham benda ni. huu

    ReplyDelete
  2. bila menahan sabar dengan adik2, ingat ramainya kakak2 menahan sabar dengan ketidakmatangan etc kita :) sabarnya Allah memberi tarbiyyah kepada kita :)

    ReplyDelete