Saturday, January 7, 2012

'date riang ria'

bismillah,

Semester lepas, mereka ubah waktu pertemuan, maka sering sahaja aku tak dapat pergi kerana terperangkap dalam lab.

Suatu hari, aku bertembung dengan salah seorang dari mereka. dia terus tak lepas peluang, duduk di sebelah aku, pegang lutut aku, berbasa-basi tanya 'khabar'. faham maksud tersirat, aku pun terus direct sahaja masuk topik, berjanji akan berusaha munculkan diri di halaqah pada malam itu.

and alhamdulillah Allah mudahkan, aku dapat memunculkan diri. masuk sahaja, bidadari terus menjerit dan berlari peluk aku, lama dan sangat kuat. secara jujurnya, her gesture touched me greatly,  alhamdulillah. Sisterhood goes a long way in reviving your iman inshaAllah. 
eid potluck party bersama mereka di tahun pertama.

and alhamdulillah alhamdulillah dapat jumpa mereka yang lain juga. jumpa dia yang sangat struggle membaca alquran, huruf pun tak berapa kenal/ingat lagi, tapi sangat-sangat bersemangat nak membaca!

Dan alhamdulillah curhat panjang dengan sang bidadari, yang menyedarkan aku banyak perkara. Mainly, semua orang struggle untuk jadi hamba. It is a tough struggle for everyone.

Di hujung tahun, mereka ajak berbincang, bagaimana mahu improvekan halaqah ini. Dan mereka kata, perlu bantu juga orang-orang engineering untuk set up kan halaqah mereka. Tanpa berfikir, aku terus berkata, hey i'm in engineering too, tak too busy for it pun?

dan kawan sebelah terus berkata, "count how many times you actually attended,".

OUCH. =.=

Mari sokong semua usaha ke arah kebaikan, dalam masa yang sama prioritize. Bismillah to a new semester.

p/s: "date riang ria"-atlet harapan ummah, ottawa 2012.

No comments:

Post a Comment