Tuesday, January 17, 2012

fansalakha...

Bismillah,

"Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu ia diikuti oleh Syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat" 7:175


Pernah, sewaktu projek design mesin ECG dahulu, aku merajuk dengan bidang engineering. Bertekad tak mau buat dah apa-apa berkaitan engineering in the future, baik kerja dalam bidang berkaitan, mahupun sambung belajar dalam bidang tersebut (extreme sikit emo :D).
Wahhh, who would have thought kan? Membina mesin itukan impian ku sejak lama dulu? Kok boleh futur semasa sedang membina projek impian?

Tapi, bila dah design elok-elok dah litar, design sudah di approve kerana theoretically it should work, berdoa siang malam agar ia berfungsi, dan akhirnya bila tiba saat untuk bina dan uji ia tidak pula memberi hasil yang diharapkan, mulalah geram super. Kecewa, dan putus asa.

Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya:
Dan begitulah juga tarbiyyah kita kan. Mungkin suatu ketika dahulu, kita merasakan, 'inilah jalanku' (Yusuf:108). Inilah segala-galanya. Bahagia kerana terpilih. Dan merasakan sangat bersyukur kerana di izin Allah untuk kenal tarbiyyah, sebab who would we be without it?

dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu (fansalakha...):
Tapi bila kecewa, bila mula merasakan susah nak komit, kita mula menjauhkan diri. Again, who would have thought? Padahal, suatu ketika dahulu, ianya segala-gala nya untuk kita. Kalau diberitahu kepada kita yang setahun dua dahulu, yang kita akan futur dan tinggalkan jalan ini, nescaya kita kata "nggak mungkin!" Malah di waktu itu, kita tak dapat bayangkan pun hidup tanpa komitmen kepada konferens riang, bulatan gembira, date riang ria, dan berbagai lagi yang dahulu kita ketagihkan, yang kita berpegang padanya siang dan malam.  Tapi dalam ayat ni, Allah perfectly described our situation, sejak 1400+ tahun yang lalu. Allah kata, fansalakha, yang maksudnya melepaskan diri, secara perlahan-lahan dan berperingkat, macam ular keluar dari kulitnya. Mula-mula mungkin terlepas satu usrah, kemudian another, kemudian miss daurah pulak, lama-lama segan sendiri nak join kembali.

Dan kadang-kadang, alasan kita untuk kita melepaskan diri dari semua itu, 'valid' sahaja, mungkin kekangan masa, dan masa, dan masa, atau wang, mahupun restu keluarga. 

Contoh kekangan masa >__<
TAPI, kena stick juga. Tak boleh lari. Tak boleh 'rehat', walau sesaat. Kenapa?

Sebab Allah dah janji dalam 7:175 di atas, as soon as anda berehat sekejap, fa atba'ahussyaitan. Syaitan akan ikut. Syaitan akan dapat catch up. Syaitan akan dapat terus ganggu. Fa = terus. Immediately. Right away, tanpa time gap. Sebab syaitan memang menunggu peluang pun kan selama ni? Tunggu kat dada kita lagi (Annas:5), memang dekat sangat dah pun. Ada peluang, apa lagi. terus attacklah. 

Dan yang lagi amazingnya, Allah sambung dalam 7:176, bagai tahu-tahu je alasan kita yang kita sedang fikir-fikir di kepala. Allah, Pencipta kita, bagitahu kita, apa masalah kita sebenarnya. Allah diagnose penyakit kita yang sebenar. Bukan lah kerana berhalangan sangat. Tapi, sebab...
1. ia bermati-mati cenderung kepada dunia
2. ia bermati-mati cenderung kepada hawa nafsunya
Mazda 2 keluaran 2011. TQ Allah! ^_^
Dan memang betul pun kan? Alasan kita, semua dunia, dunia, dan dunia. Ingat tak, ini hanya R&R bukan? Bagaimana anda boleh lepaskan flight balik malaysia hanya semata-mata kerana seronok bershopping di hentian transit? Secantik-cantik airport Vancouver sekalipun, mustahil kita akan lepaskan boarding time untuk flight kita balik malaysia kan? Maka hop back into the Tarbiyyah train, adik-adikku. Kereta api itu tidak akan menunggu mu.

Dan Allah teruskan lagi ayat ini, dengan sebuah perumpamaan. Perumpamaan Allah untuk orang-orang yang 'tersilap' ini, yang merasakan sukahatilah nak buat apa dengan hidup dia, cuti dia, sungguh menakutkan dan super hina tak tahu cakap apa, na'uzubillah na'uzubillah :(. Macam apa? anjing!

maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

Dan bukan anjing lawa-lawa, bukan hound, bukan chihuahua. Tapi spesis yang kena halau punya. Huuu kenapa hina sangat? Sebab, orang-orang ini menarik diri dari something yang sangat wajib, walhal sudah tahu kewajibannya. Imagine orang yang tiba-tiba kata mahu tarik diri dari solat 5 waktu, kerana 'penat' atau terkejar-kejar tak cukup masa. 

Pasti kita akan jatuh rahang dan berkata 'APAKAH'?
  
Dan untuk orang-orang yang tidak/belum diuji dengan ujian sebegini, bersyukurlah Allah masih beri peluang untuk berada di atas jalan ini. Berikanlah sepenuh tenaga, fizikal, mental dan ruhanimu kepada tarbiyyah. Serah diri sepenuhnya. 
 
Allahumma thabbitna 'ala deenik. 
Mari thabat atleast se lama masjid ini.
Masjid pertama North America.

4 comments:

  1. i know this surah eversince before.but through your blog,baru faham dgn kefahaman sebenar.
    baru faham knapa ustaz hulur tangan bg surah ni waktu itu.wktu semngt tgh tinggi tibe2 dpt surah ni..jd mcm..aik?

    jzkk sis=)
    met before.hope to meet u in jannah too insya ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. met before? siapa ya? :)
      jumpa di jannah iAllah, dan semoga thabat semua orang!

      Delete
  2. sgt terkesan! rasanya ramai yg akan terkesan jugak sebab semua org yg lalui jalan ni akan rasa phase tu! huu. share dkt dakwat would be good, ika!

    ReplyDelete