Tuesday, January 3, 2012

Ujian kesejukan

Bismillah,
waiting outside for half an hour in -20C is not funny. The first 10 minutes, boleh lagi revise kisah hudzaifah bin yaman taat Rasulullah saw dalam kesejukan perang ahzab. Bila syaitan mula cucuk suruh geram pada orang yang tidak tepati masa/janji masih boleh counteract dengan zikir-zikir 'cukuplah Allah bagiku'.

10 minit yang kedua, jari kaki mula sakit mencucuk, terasa bagai boleh tercabut bila-bila masa. As a resort, mula berlari setempat tanpa henti, sambil menashidkan lagu izzatul islam jalan juang.

'Sabarlah wahai saudaraku'
'Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh'
'Pastikan azammu semakin meninggi'
Dan lain-lain bait lagu sungguh terasa ruhnya dan terasa amat berat untuk dibumikan. Beberapa kali hampir menangis kesakitan dan mahu sahaja minta belas kasihan sesiapa secara random untuk tumpang berpanas.

Tapi bila periksa jam lagi sekali, sudah 30 minit rupanya kami menanggung kesejukan, terasa benarlah janji Allah bahawa Dia hanya akan uji jika kita mampu. Boleh tersenyum mengingatkan 'la yukallifullahunafsan illa wus'aha'.

Sudah boleh positif, 'jika Allah takdirkan kita kene tunggu lagi setengah jam pun inshaallah kita boleh survive. Sebab bila diuji, theres no other option but to survive, and Allah hanya kasi ujian if its doable.

Selang beberapa minit selepas resolusi dicapai, tibalah pemegang kunci kepada selapis pintu yang memisahkan kami dari kehangatan heater selama lebih setengah jam.

P/s: segalanya hanya possible dan impossible dengan izin Allah. Dan segala puji bagi Allah yang tidak membiarkan aku keseorangan untuk ujian ini. Si ukhti peneman pula sangat beriman, maka yang berat jadi mudah, alhamdulillah.

2 comments:

  1. mudah2n kenangan ini sentiasa di hati sampai bila2 :)

    *Hugs kuat2*

    ReplyDelete
  2. hugs kuat2 balik. kenangan manis dengan awak ni :)

    ReplyDelete