Sunday, February 26, 2012

flexible

bismillah, 

ayuuhal akhawati fillah, 

kita sering mendengar analogi batu bata. kan? boleh keluarkan dari belakang kepala sahaja, dengan izin Allah. 

mari ulangkaji laju-laju;
setiap dari kita, adalah sebuah (atau sebiji?) bata, yang kemudiannya di susun bersama-sama bata lain, untuk membentuk satu bangunan yang marsus, yang kukuh. 61:4. 

kita di beri motivasi, jika kita bata yang kukuh, kita akan turut bersama menyumbang sesuatu dalam pembinaan bangunan tu. oh bestnya! tapi demikian juga sebaliknya, retak atau rapuhnya sebiji bata (seorang indvidu) boleh meretakkan satu dinding bangunan, seterusnya memungkinkan runtuhnya bangunan itu.


TAPI... 
satu sudut yang kita mungkin lupa. dalam membuat bangunan yang bermacam-macm size dan bentuk, kadang-kala bata terpaksa dipatahkan, di potong, di ubah bentuknya, supaya 'fit' ke dalam rekaan bangunan. pernah tengok tak construction workers potong batu bata di tapak pembinaan? 


nah, kau kini dah bersedia jadi bata. mahu bersama-sama membantu membuktikan islam itu agama yang benar, dengan shahadatulhaq kita. mahu semuaaa orang di dunia turut cinta, respect, sembah Kekasih yang kau cinta. maka apa kau tak bersedia untuk dipotong ke mana-mana yang kau diperlukan? apa kau tak bersedia untuk mengubah ciri-ciri kau supaya sesuai dengan rekaan bangunan? sampai bila lagi mahu duduk di zon selesa, sedang umat sedang tenat memerlukan khidmat engkau?

nyahkan rasa inferior, nyahkan rasa tak mampu, nyahkan jahiliyah-jahiliyah yang ada. berubahlah bentuk, demi urusan dakwah yang kita yakini. 

mungkin kau bertanya, apa yang perlu kau ubah? hm ujian kita pasti berbeza-beza, lain yang perlu di potong atau di ubah bentuk.  sebagai tips mencari, sila fill in the blank, dan act upon it:
dakwah aku di ____ memerlukan aku untuk _____.

all the best. semoga Allah permudah. doakan saya juga yang sedang tidak nampak jalan. 

2 comments: