Monday, March 26, 2012

tidak simple

bismillah,
tulisan beberapa lamu dahulu, baru nampak keperluan untuk post. smg dipermudah urusan semua akhawat, uhibbukunna fillah!

---
kata budak comot kesayangan, bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan bantu jaga hubungan kita dengan manusia. mudah bersangka baik, mudah memaafkan, mudah segalanya.

pernah, satu period yang lama, saya asyik terkeluar air mata. asyik terasa hati dan marah orang lain. nak menelan marah itu ya rabbi, sangat susah. asyik depressed. sampai stress dan sedih dengan diri sendiri. cuba untuk jaga betul-betul hubungan dengan Allah, tapi tak berhasil.

mungkin kena periksa, adakah terlampau bergantung pada amalan sendiri? kita lemah. hanya Allah yang beri ketenangan, rahmat, dan maghfirah. bukan solat-puasa-DnT kita yang menyelamatkan kita. tapi rahmat dan kasih sayang Allah.

dan alhamdulillah, all praises ONLY due to Allah, semua simptom sudah beransur pulih. hanya dengan pergi duduk bersama akhawat. tak sempat nak berfikir buruk-buruk. tak sempat fikir apa-apa selain dakwah dan tarbiyyah. dakwah dan tarbiyyah. terima kasih Allah untuk peluang ini.

sekalipun masuk tidur jam 2, 3, 4 pagi kerana kerja, tetap dikejut untuk qiam dengan sangat askari oleh akhawat. sekalipun merasakan sudah buat sehabis baik, masih ditembak "tak cukup pergantungan pada Allah" lagi. meski sudah berlumba untuk buat kebaikan, masih sering kalah tertinggal di belakang.

maka semua itu menghidupkan aku. dan membolehkan aku lupakan hal-hal kecil. terima kasih Allah mengizinkan ini.

aku rindu.

tapi kita tetap perlu meneruskan kehidupan kan?

semoga jumpa semua nanti di syurga.

dah kembali boleh marah pada orang? jangan sakit, duhai hati!

sewaktu saya tenat dahulu, shoutout pada semua tersayang. pesan seorang kakak, banyakkan istighfar, sentiasa dalam keadaan berwuduk.

p/s:kata sang naqibah, tarbiyyah akhawat itu tidak simple, kerana psychology wanita itu sendiri tidak simple!

senyum :) . because it's true.

1 comment:

  1. a simple note yet very meaningful=)jzkk!sgt memerlukan when everything seems so kelam kabut huhu
    -saffreena-

    ReplyDelete