Friday, April 27, 2012

$$$

bismillah,

semalam berfikir bagaimana nak claim bayaran bila orangnya menyepi.

dan pagi tadi pula ada ukhti yang menghulurkan duit infaq untuk aku masukkan dalam tabung. fikir lagi, bagaimana mahu passing dengan cepat, sedangkan paypal aku kosong dek lama tak digunakan? nak isi paypal, ambil masa seminggu. interac tak berbaloi pula.

tiba-tiba, hari ini, orang itu membayar penuh wang yang dia guna dahulu, melalui paypal.

duit dapat, paypal juga berisi. Allah killed two of my problems with one stone? subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.

semoga Allah mempermudahkan urusan orang pertama tadi.

"Dan jika orang berhutang itu dalam kesulitan, maka berilah tenggang waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkan, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." 2:280.

Asif dik, financially tak mampu nak sedekahkan. huuu.

teringat seorang kakak, bila kami dalam kesempitan haritu, dia tanya berapa yang tak cukup, dia cukupkan exactly amount yang kami kekurangan. dahlah dia di bumi X sana, currency kena darab tiga *_*

dan bila ada ukhti yang ditimpa musibah dan akhawat menjalankan derma kilat, senyap-senyap dia offer 1000 dollar pada ukhti itu. dollar okay. again kena darab tiga untuk currency dia T_T

huhu bila lah nak mampu financially sebegitu?

Semua ini emas tulen o.O cardiff castle

mungkin kita biasa dengar, hadith yang menganjurkan 33 kali tasbih tahmid dan takbir selepas solat itu. Tapi saya sangat tertarik dengan bait akhir hadith itu. Hadithnya seperti di bawah - copy pasted dari tulisan kak siti dalam Majalah Jom edisi 1, promote-promote ;)  :

Pernah suatu ketika, penghulu orang miskin mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah, orang kaya sudah memborong semua pahala dan tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi.
Rasulullah SAW bertanya: Mengapa demikian?
Mereka berkata: Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu. 
Rasulullah SAW bersabda: Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama daripada kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu? 
Mereka menjawab: Baiklah, wahai Rasulullah. 
Rasulullah SAW bersabda: Bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas solat 33 kali. 

Kemudian mereka kembali lagi dan berkata: Wahai Rasulullah, saudara kami orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga. 
Rasulullah bersabda: Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

huu bestnya. moga kita tergolong dalam hambaNya yang dapat kurniaan juga! sentiasa dapat buat extra!

p/s:
Allahumma inni a'uzubika min gholabatiddaini wa qahrirrijaal.
Ya Allah aku berlindung dari Engkau dari bebanan hutang dan penindasan orang...

No comments:

Post a Comment