Wednesday, May 23, 2012

gunung tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku redah

bismillah,

"kita ni, nak jadi engineer, sanggup je harungi lab, tutorial, segala.
maka tarbiyyah pun, kena samalah, sanggup jugak,"

-ee lee.



true that. coming from adik yang dean's list dan begitu amat tinggi sekali pointer nya, it hits home. tambah-tambah lagi derita (dramatic sungguh) lab dan lab dan projek masih segar dalam ingatan.

kita sanggup je buat apa sekalipun, prof suruh extend eksperimen dalam lab, walau deadline report sangat dekat, kita continue je.

semester sangat brutal, boleh sahaja ada 5 assignment 4 lab dan 2 midterm dalam period 5 hari. dan itu seminggu sebelum final exam. tapi kita tempuh juga. tak de pun menghilangkan diri dari prof. muncul juga di univeristi hantar semuanya. ada je duduk tercongok di lab seawal 5 pagi, dan tetap di situ selewat 3-4 pagi dan akhirnya tidur sahaja di lab.

sebab kita jelas, di hujungnya, inshaAllah kalau lulus semua, kita akan mendapat segulung ijazah.

tarbiyyah, bila di tekan sedikit, program tak datang, usrah skip, email, mesej fb tak balas, phone usah cakaplah.

maka mungkin kita perlu halusi lagi. ada apa di hujung terowong tarbiyyah?
kemudian inshaAllah, biiznillah, anda akan merasakan 'gunung tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku redah'.

bukti? mus'ab RA sanggup tinggalkan ibunya dalam keadaan mogok lapar untuk sustain iman, asma' binti abu bakar sanggup menghantar makanan kepada ayahnya dan nabi saw di atas gua thur yang tinggi dalam keadaan sarat mengandung kerana percaya pada perjuangan mereka. 

No comments:

Post a Comment