Thursday, May 3, 2012

pesan ahmad

mengapa mahu membazir,
sedangkan ramai yg meminta,
usah bermadah-madah,
kerna pasti anda binasa.

gunalah potensimu sebaiknya,
kelak pasti tiada menyesal pula,
apalah guna ilmu tinggi di dada,
kalau hanya mahu bercerita saja...


mengalir darah yg pekat,
untuk aku bermadah hebat,
namaku pasti diingat,
madahku pasti tersemat.

ditanak beras menjadi nasi,
ditanam ilmu menjadi pedoman,
apakah guna ilmu yg tinggi,
jika masih mnumpang makan.

beras jenama cap rambutan,
dibeli baba di Giant,
apakah guna belajar seberang lautan,
jika balik untuk menggemuk badan.

p/s:bila ada iradah qawiyyah (kemahuan yang kuat)-dalam kes ni nak bomb sang kakak, yang tak reti bermadah pun akan bermadah.  

bro, you are surely one of a kind. semoga Allah menjadikan ahmad imam bagi orang-orang bertaqwa.

1 comment:

  1. Ahhh comelnya Afifah!

    Also, kagum dengan kemahuan ur bro utk kenakan his Acik. I know the feeling ;) hehe

    ReplyDelete