Friday, August 31, 2012

Baju Tanta Nina

bismillah,

kelihatannya tahun ini, semakin ramai ambil peduli dengan merdeka. perkembangan yang positif, inshaAllah, kerana tandanya, belia sudah semakin peduli dengan isu semasa. alhamdulillah :)

baru ini saya dipaksa menghadiri sebuah program transformasi (ya, tak tipu, memang itu nama program T_T) anjuran kerajaan.

it's a good effort, i must say. mewajibkan semua yang akan ke luar negara untuk berkumpul, kenal dan berukhuwwah sesama sendiri, dan di mulai dengan ceramah-ceramah mukaddimah. Ada yang positif, ada yang negatif, tentunya.

Tapi apa yang saya paling tertarik, adalah sesi dalam kumpulan pada hari-hari seterusnya. Fasi bedah graf timeline sejarah Tanah Melayu, dari zaman penubuhan Melaka, hinggalah zaman kegemilangan dan kejatuhannya. Zaman kegemilangannya diceritakan dengan terperinci, sehingga kita berasa sangat best dan kagum. Kemudian diceritakan kejatuhan kerajaan Melaka, dan faktor-faktornya, serta ibrah dan kaitan dengan kita hari ini.

Familiar much? Hehe.

Selepas itu kami buat sesi bengkel, they provided us with a case study yang dibincang bersama. Fasi dapat mandat untuk buat kesimpulan akhir, tentunya.

Hari terakhir, kami dihidangkan pula dengan video realiti umat. Tentang rakyat muslim selatan Thai, Palestin, orang melayu sendiri, Iraq, dan selainnya. Lengkap dengan text yang menginsafkan, dan lampu yang digelapkan. Ramai peserta perempuan yang mengalirkan air mata. (Walaupun ada bahagian aku tak setuju, dan alhamdulillah ramai yang menyedarinya, iaitu: contoh Palestin sangat out of context, mereka diserang kerana kezaliman Israel, bukan kerana mereka tidak bersatu-padu!)

Selepas video, ada sesi resolusi, dan tamatlah program. (ok tipu, ada ujian yang penuh dengan soalan pro fikrah mereka).

Ok ini semua sisi-sisi positif program. Yang bagi saya, berjaya menyentuh hati ramai orang untuk sedar realiti umat, dan tanam keazaman dalam diri untuk lebih bertanggungjawab kepada negara.

Program macam ini, sangat tipu wa zalim jika saya katakan tiada jahiliyahnya, walau diadakan pada 10 hari terakhir ramadhan. Menari menyanyi senaman mengarut ikhtilat yang totally unnecessary dan bahasa-bahasa kotor yang keluar, tidak sedikit.

Alangkah bahagia dan bestnya, jika suatu hari nanti, Jabatan Perdana Menteri itu, kita yang punya. Maka modul program sebegini, kita yang tentukan! Instead of graf timeline kerajaan Melaka, kita buat graf timeline kerajaan khulafa arrashidin seperti biasa. Disulami zikrullah, solat berjemaah, mathurat dan qiam. Dengan kehadiran wajib untuk semua yang bakal ke luar negara, ia boleh menjadi projek tajmik mega yang tiada tandingannya! Tiada perlu lagi Jom, Puncak, dan lain-lain program predeparture. Dengan fasiliti kerajaan yang mampu menandingi apartment 4 bintang, dan pasukan teknikal yang memang kerja menghadap teknikal sepenuh masa, sangat sedikit ruang untuk sebarang kecacatan dari segi hardware program. Tentu awesome wa amazing kan!

Sekian tummuhat saya. Sekarang kita cuma perlukan seseorang yang mampu dan mahu untuk berkhidmat dalam Jabatan tersebut, dan akhirnya mampu mengubah dasar. Tapi saya memang sumpah taknak. Too many values have to be sacrificed along the way >,<

Kejayaan yang besar, perlukan pengorbanan yang besar. Hm.

Random: Baju pemberian Tanta dari asma amaNina, Jogja masih saya simpan hingga kini. :)

No comments:

Post a Comment