Tuesday, August 7, 2012

ukhuwwah dibumikan

bismillah,

belum lagi mula apa-apa slot, aku sudah merasai ukhuwwah itu dibumikan.

makanan berbuka untuk hari pertama tidak disediakan. kumpulan kami pula kesemuanya bertolak awal ke tempat program, way before sebarang makanan panas dijual di kedai-kedai. maka kami beli roti, untuk berbuka secara bersederhana. di meja makan, kami duduk bersama untuk share roti tadi. tak sempat nak feeling, sampai nasi ayam, kuey teow, dan mee goreng ke meja. walaweh rezeki, segala puji untuk Allah! tak lama kemudian, sampai pula mihun goreng bangi, ayam masak kicap dan ayam masak lemak cili api osem tatau dari mana, pie sangat sedap dari NZ, buah melaka, and the list goes on and on. Dan akhirnya kami tak sempat buka pun roti kami. terima kasih akhawat! :)

dan pada tazkirah malam itu pula, bagai pertama kali saya mendapat definisi ithar. benar-benar mengorbankan diri atau harta atau emosi diri untuk orang lain, tanpa ada bebelan di hati. ini ayat mudahnya lah. iyelah, bukankah ayyash radhiyallahu'anhu dan dua sahabatnya korbankan nyawa untuk membumikan ithar? setakat emosi, harta, apalah sangat. waduh terasa sangat berat. selama ini sering rasa dizalimi, di ambil kesempatan oleh yang lain. tapi sebenarnya bukan dizalimi, diri sendiri yang tak cukup ithar!

bagaimanapun, kemudiannya, sheikh hamid ada berpesan, dalam kita berlapang dada, ukhti kita punya hak untuk ditegur, diberitahu kesalahannya jika dia ada terbuat salah. supaya dia boleh improve untuk islam. okey terasa Allah itu sangat cantik semua ada detailnya, sangat adil juga, takkan mungkin dizalimi! :)

dan akhir sekali, ustaz A pula berpesan,  hak dakwah mengatasi hak ukhuwwah! jika ada yang culas dalam gerak kerja ini, jangan pula tak di tegur kerana hendak menjaga ukhuwwah. dakwah itu lebih aula!

nampak tak bestnya flow tarbiyyah peristiwa ini? dari peristiwa satu ila (hingga) akhir. Allahuakbar!

p/s: "tarbiyyah, connecting people!"





No comments:

Post a Comment