Friday, September 21, 2012

hadaf

bismillah.

saya melihat, menyaksikan, dan bersaksi, bahawa tarbiyyah ini mentransform orang.

dari yang tidak pernah memasak, kepada cuba memasak, untuk di bawa ke potluck usrah.
dari yang fobia driving kerana accident, kepada drive semula untuk bawa akhawat ke program.
dari yang obses fesyen kepada cuba tidak bertabarruj
dari yang bercouple, meninggalkan Mr. J nya
dari yang senyap tak bercakap kepada ramah ringan mulut, semata-mata untuk buka medan di satu kolej persediaan yang tiada common ground dengan dirinya

mengejar mardhatillah gives a greater purpose to do anything. maka sanggup kita menjadi 'bukan' kita, sanggup bertukar haluan, semata-mata sebab cinta sangat dengan Dia. dan tarbiyyahlah yang mengenalkan kita dengan aspek cinta sebegini. 

sebuah perkongsian dari email. moga bermanfaat pada lainnya :)
********

kita buat semuaaa benda, based on niat kan? basic, di ajar sejak zaman tok kaduk lagi hadith 1.
tapi kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita selalu fail bab ni. contohnya, alkisah... sila belajar dari case studies ini ya.


case study 1.
semasa presentation final year project saya haritu, kumpulan saya di hentam dengan agak bertubi-tubi nya selama lebih setengah jam oleh second reader semasa sesi soal jawab. dan memang terpempan tak tahu nak jawab apa, kerana soalan prof tu bukanlah soalan teknikal, bukanlah soalan luar alam, atau terlebih advance luar dari bidang pengetahuan kami (bab tu, inshaAllah kami prepare mental dan emosi). dah tu, err soalan apa???

prof banyak bertanya, kenapa kami buat each step dalam projek tu. contoh soalan prof tu, buka balik slide nombor sekian-sekian. kenapa awak buat step ni? kenapa nak cantikkan output, walhal ia tidak akan affect sistem tersebut since komputer yang buat kerja? komputer bukan boleh beza kualiti data elok atau tak. kenapa awak buat ini?

dan dia tak mahu jawapan-jawapan berupa, steps ini dibuat kerana ia akan memberi hasil A, B. tapi dia memang mahu tanya hadaf kami. mahu tahu, bagaimana step tersebut membantu kami achieve goal terakhir projek kami.

kelu, tak mampu kata apa-apa. walhal, sehari sebelum presentation, dah ada senior yang pesan, "the correct answer to many of the second reader questions is: i don't know".

tapi mana mungkin bila second reader tanya, kenapa buat ni, kenapa buat tu, nak jawab i don't know? padahal sudah berbulan-bulan kita habis tenaga, masa dan masa untuk buat each step of the project, takkan tanpa sebab? huhu. 'ala kulli haal, alhamdulillah kami dah lepas presentation tu, result pun ok alhamdulillah.

kadang tu, iya, kita buat sesuatu, untuk dakwah pada orang. untuk dia dapat kesedaran. tapi, jalan ini punya hala tuju yang jelas. bukan sekadar nak bagi adik-adik tersentuh sahaja tahu? so kena relate, macam mana each step yang kamu buat, boleh mencapai UA, yang menjadi aim kita sebagai asbab untuk redha Allah. kita dah spend banyak masa, tenaga, dan wang kan untuk ini? takkan mahu semua itu terkorban tanpa sebab yang jelas?

dan kadang kita terlalu disibukkan dengan teknikal, sehingga kita turn on auto pilot mode sahaja. bila setahun kemudian, di tanya apa hadaf program tu? kenapa each slot tu bertajuk sedemikian? tidaklah kita akan dapat menjawabnya. kalau tanya time program tu jugak, maybe lah boleh jawab dengan cemerlang, sebab apa-apa kertas kerja program mesti di dahului dengan hadaf. so ter hapal jerk tanpa sengaja. huhu~


case study 2.
semasa satu sesi kelas extra koku yang saya ambil, saya disuruh untuk buat something yang saya sangat takut. berjalan atas benda tak stabil, tanpa ada apa-apa untuk berpaut. dan benda tu tingginya sangat banyak meter juga dari tanah.

beberapa kali saya teragak-agak. nervous. sesak nafas. ada 5 saat sahaja untuk sama ada patuh arahan atau beri peluang pada orang lain.
dalam kepala, laju berfikir, kenapa aku kena bahayakan nyawa?
1. ini bukan arahan Allah, bukan arahan dari murobbi, tak wajib kena ikut.
2. it doesn't benefit me in any way. dari segi tarbawi pun tak, dari segi duniawi pun tak!
dengan 2 logik di atas, saya terus meminta izin untuk excuse dari latihan itu.

end of story.

p/s:di kelas yang seterusnya saya berjaya juga alhamdulillah, thanks to seorang adik yang tak kenal erti takut langsung, terus bagi saya kekuatan jugak!

tapi moral of the storynya, nampak tak, betapa kalau kita tak jelas kenapa kita KENA buat something, kita takkan all out mengharungi semua cabaran. kita takkan tegarkan juga untuk tempuhi semua penat-lelah. why? sebab kita tak nampak kenapa kena susah-susah. kita akan berhenti separuh jalan bila diuji dengan something yang kita tak reti, or kita takut nak buat.

maka jom duduk sejenak. fikirkan. kenapa awak nak buat benda ni. macam mana, setiap minit yang awak susun untuk orang lain itu, akan membawa awak kepada hadaf seluruh program. okek?

asif tak dapat banyak bantu. antunna boleh! \^_^/

februari 2012.

1 comment: