Friday, November 16, 2012

reaksi kita

bismillah,
sedang asyik buat assignment. tak buka internet. hati sangat girang, dalam dunia sendiri. tiba-tiba an ukhti mesej, suruh tengok facebook.

buka sahaja, penuh homepage dengan berita gaza. terkejut. sangat. terkedu.

kita tengah gembira dalam dunia sendiri, mereka terima ini?

huu. entah kenapa kali ini lebih terganggu berbanding peristiwa-peristiwa lain. macam, not again? come on lah zionists! marah. sedih. memori 2008 berulang kembali.

tetapi diingatkan. reaksi abu bakar radhiyallahu'anhu ketika wafat sahabat paling rapat beliau, nabi muhammad saw. abu bakar yang paling rapat kot. nabi saw pun mengaku abu bakar adalah lelaki yang dia paling sayangi. tapi dia menangis sedih je ke bila nabi wafat? no. dialah yang paling composed sekali, dan terus take charge. kenapa? sebab itu yang perlu.

jangan sekadar terganggu emosi. get up, and take charge. buat apa yang perlu. bergerak dan terus bergerak, cuba menegakkan islam dalam diri, agar tertegak islam di bumi kita, tiada lagi ruang penindasan ke atas orang islam.

mari contohi reaksi abu bakar, dalam menangani isu gaza. 

p/s: dan ... maybe its time to quit all nestle, maggi, minute maid, johnson n johnson dan kotex? just saying.

No comments:

Post a Comment