Thursday, November 8, 2012

reputasi

bismillah,

baru ini diingatkan seseorang untuk tidak terlalu berkeras dengan sesetengah prinsip. kata beliau, "selagi bukan benda haram, apa salahnya mengalah untuk menggembirakan orang lain?"

keengganan untuk meruntuhkan prinsip yang kita pegang (yang tidak didasari syariat yang kukuh pun), tidak akan membawa ke mana-mana selain daripada distress emosi. keengganan kita untuk mengalah, kononnya kerana mereka yang tidak memahami kita, tidak disuluh cahaya tarbiyah, berbeza dengan kita yang kononnya sudah 'faham'. aik?

lalu beliau buka cerita. dia dahulu sangat tidak disukai oleh mak mertua, hanya kerana dia bertudung. di luar rumah, dan juga di dalam rumah, di dapur (depan ipar duai). sering dipujuk ibu mertuanya, tak boleh kah sekadar pakai tudung ikat di leher, barulah kemas, selesa, boleh buat kerja di dapur. kalau tak nak buka tudung, usahlah di dapur, nanti kotor. murni, niat ibu mertuanya (analoginya kita juga pasti rimas tengok orang masak tanpa sempat tanggalkan winter coat? eheh)

dan kemudian bila beliau ada anak, dan si anak sendiri meminta dipakaikan tudung di usia yang sangat muda, ditegur lagi oleh sang ibu mertua, supaya tidak terlalu rigid dalam membesarkan anak.

apa yang diminta oleh ibu mertua di awalannya, nyata haram. mana mungkin buka tudung? tapi adakah itu tiket untuk melenting? melawan kata mereka dan terus bawa diri? tiket untuk memekakkan terus telinga dari nasihat-nasihat lain mereka? no! tindakan-tindakan mereka, hanya kerana mereka belum faham. maka berlembutlah! berhikmahlah! berbincanglah! jangan nak terus tegakkan 'kebenaran'!

dan berpuluh tahun selepas itu, dia menjadi menantu kesayangan. menantu lain disuruh ikut jejak langkah beliau, dalam etika pemakaian, dan prinsip-prinsip islami yang lain. tiada siapa berani membantah di saat anaknya kahwin tanpa persandingan, dan macam-macam lagi yang merupakan adat 'wajib' dan isu besar dalam keluarga itu. kerana apa? kerana hormat. slowly but surely, she established her position in the family. tunjuk, yang kita serious dalam mengamalkan ajaran islami.

bukan sekadar join tarbiyah, usrah bagai, tapi fail sana sini. kerja ponteng. anak terbiar. akhlak tak jaga. masa tak tepati. janji tak dipenuhi. no.

slowly but surely, kedudukan yang dia perolehi dalam masyarakat, membolehkan keluarga untuk menerima prinsip-prinsip 'alien' beliau. malah, sama-sama menyokong usaha beliau. jika anak beliau tak perform seperti yang beliau kehendaki, keluarga dia ini lah yang akan tegur, walhal dia dulu disuruh jangan rigid dengan anak.

jangan jadi fitnah. deal dengan baik. dengan lembut. dengan hikmah. dengan mau'izah hasanah. jangan tolak tepi terus dunia, ia penting, supaya kita dihormati, prinsip kita dihormati. bumikanlah pengajaran dari kisah ghulam. reputasi itu perlu. perform itu perlu. excel itu perlu.

terima kasih ummi. for fighting the fight you fought, for making our 'fight' so much easier, today.

1 comment:

  1. I don't know. But the picture attracted. Epic.

    Surely, fighting is hard but it has its own rewards.

    Cheers~~

    :)

    ReplyDelete