Saturday, November 10, 2012

sinergi II

bismillah,


Cerita I
Pernah dulu dalam kelas ada budak genius. kami panggil dia ln 2 (baca: lawn two) sebab prof pernah buat lawak tentang ln 2, dia seorang sahaja yang faham dan ketawa. ketika prof selesaikan pengiraan atas board pun, prof pernah tinggalkan jawapan akhir sebagai ln 2 tanpa nombor yang sebenar, dan dia juga laju menyebutkan nombor-nombornya ke 3-4 tempat perpuluhan tanpa merujuk kalkulator. :O
ln 2

pelajar yang baik, senyap, rendah diri dan sangat hormati lecturer dan rakan sekelas. tak pernah terfikir akan ada apa-apa connection dengan beliau, sebab dia out of the league, pandai sangat.

until one day, one of us had to be the person's lab partner. LOL. dan lab itu sememangnya rumit sedikit. sering perlu bantuan TA. kami dapat pula TA yang tak baca instructions, tak tahu pun lab tu perlu buat apa. maka dia pernah merungut pada kawan kami tu, "why is all this happening to me?" budak pandai, agaknya tak pernah mengalami masalah dalam lab, tak seperti kami yang dah biasa :P

tapi statement beliau membuatkan lab partnernya terus merasakan, "well it's happening to you now and not before because you're having me as your lab partner".

bukan kecil hati, tapi sedar dirilah kot kan bila kerja sama-sama, dan kita tak sehebat team mate, maka mungkin kita yang slow downkan kumpulan.

Cerita II
Dalam kumpulan projek course lain pula, saya berduet dengan seorang classmate, yang sangat hebat juga, dapat A sentiasa dalam setiap mata pelajaran. Dalam menyudahkan projek, tiba-tiba kami stuck dan tak mampu move forward. Pergi berjumpa prof, dan prof dengan baik sahaja tolong debug design circuit kami, mencadangkan beberapa pembaikan. His suggestions were pretty simple, hanya kembali ke prinsip asas litar. sampai sekarang bila teringat, both of us would feel embarrassed. Dan kata groupmate saya itu, dia takkan boleh menghadap lagi prof itu, kerana malu benda simple pun tak boleh buat sedangkan prof itu sangat tinggi expectation terhadap pelajarnya.

And I can't help but feel that she was only put in the situation, because I was her project mate. Kalau dia bekerja dengan orang lain, pasti takkan tersekat pada benda sesimple itu.

bukan tak yakin diri, tapi sedar dirilah kot kan bila kerja sama-sama, dan kita tak sehebat team mate, maka mungkin kita yang menurunkan prestasi kumpulan. 

***
perasaan dari cerita I dan cerita II, mungkin timbuk dek tidak menyumbang kepada penambahan kualiti kumpulan. Untuk mengelakkan perasaan-perasaan tak best sebegini, perlulah tingkatkan kualiti diri supaya dapat turut sama menyumbang dalam mana-mana kumpulan.

Dan bagi saya, itulah logiknya marhalah atau tingkatan individu muslim sebelum bait muslim. Bait muslim bukan tempat parasit berteduh, menyedut manfaat tanpa menyumbang, tetapi medan untuk sama-sama memberi sesuatu.

Dan begitu juga bila kita bersama angkatan dakwah ini. Sangat bimbang jika kita hanya menjadi beban, terpaksa di assign tenaga manusia untuk mentarbiyah kita, duit terpaksa dibelanjakan untuk program-program untuk kita, tambang dibayar, dan sebagainya. tapi do we bring any added values to the group?

jadi harus pertingkat kualiti diri, supaya boleh beri sesuatu. its a continuous struggle. 

No comments:

Post a Comment