Friday, November 23, 2012

"You are LATE!"

bismillah.

usai memberi salam di rakaat terakhir solat, jeling lihat jam. 2.30. Tepat. Ya Allah! Linda starts her class at 2.30, 5 minutes earlier than scheduled. always. matilah. pakai kasut, lari selaju mungkin ke bangunan kelas.

Doa sangat-sangat, tolonglah kali iniiii je please prof lambat. sekali ini sahaja. terngiang-ngiang, minggu sebelumnya dah kena jerit, "You are late!" di depan satu kelas bila aku masuk jam 2.32, 3 minit sebelum jadual sebenar. dibebel 5 minit dan diugut tolak markah participation. kerana solat juga. dan dah berazam untuk beritahu prof tentang ini. tapi tak terberitahu. sebab ingatkan boleh survive tanpa beritahu. senior muslim juga dah berpesan, "you gotta tell linda. she'll be so unhappy if u keep on leaving in the middle of class to pray".

ada kelas sebelum kelas linda, dari sebelum zuhur lagi. dan kelas linda akan berpanjangan hingga maghrib. tapi kali ini keluar kelas sebelumnya 3 minit awal, maka ingatkan sempatlah. Menyesal tak sudah, 8 minit tak cukup untuk solat dan lari ulang-alik, Atiqah! lepas ni jangan take chance lagi, selagi tak formally beritahu prof perlu masa untuk solat.

berdoa panjang. lari-lari. sampai depan kelas, pintu tertutup rapat. kunci. Allahu rabbi!  nak menangis sahaja rasa. dahlah laptop dan barang semua dah dalam kelas. Jenguk-jenguk melalui tingkap, senyap-senyap tunjuk gesture pada classmate untuk bukakan pintu. jengket-jengket masuk, hampir berjaya.

tiba-tiba, "EXCUSE ME, YOU ARE LATE!" kantoi!
malu. classmate semua pandang, muka tak puas hati, kenapalah budak ni cari pasal dengan linda lagi. an unhappy linda equals to an unhappy class!
dan terus laju aku berkata, "can i speak to you about this after class?"
Linda: what?
me: "can i speak to you about this after class?"
Linda: oh okay yes you can come in.

erk? oh okay, lupa pula i wasnt actually allowed to come in. lol. duduk. selamat. hembus nafas. huh.  tapi fikiran terganggu. betapa aku perlu beritahu prof. dan kebetulan pula, topik hari itu ada sedikit sebanyak berkisar tentang ini.

"im not psychic, if students have problems, they gotta to tell me".

tak tahu entah kali keberapa, aku menerima tarbiyah-tarbiyah peristiwa supaya open up, melaporkan bila ada masalah. sudah berapa kali mendapat pengajaran, selagi kita cuba untuk bercerita bila ada masalah, people will and can help. people are willing to accommodate. tell your needs.

ya, ada masa perlu untuk duduk sejenak, muhasabah dan adu sahaja pada Allah. hanya pada Allah. meluahkan semua tidak menyelesaikan masalah juga. ada situasi yang, clearly that is not sufficient. nak tawakal sekalipun, perlu tambat tali unta.

masalah dakwah umpamanya, pattern masalahnya sama sahaja di mana jua! ekspreskan masalah, dan inshaAllah banyak solusi terus muncul. macam magic kan? musibah duit pula, beritahu sahaja terus muncul tabung-tabung derma kilat.

dan akhirnya, confessing is not that bad. bila beritahu linda, dia senyum dan gelak-gelak sahaja. "thats totally fine. one person in my night class has to pray too. but you gotta tell me. what did you learn tonight?"

I won't know what I have learned, dear linda. till I practice these lessons the next time I need to. belajar sahaja tak guna.

No comments:

Post a Comment