Thursday, January 24, 2013

classmates II

bismillah.

haritu minta diri dari seorang groupmate, kerana perlu pergi solat. laju dia bertanya soalan-soalan comel, berapa kali perlu solat dalam sehari, ada tempat ke untuk solat on campus, dan sebagainya.

bila dijawab lima kali sehari, dia sangat terkejut.
"what do you pray for, everytime? good health? long life? happiness?



dan saya cuba terangkan kepadanya tujuan solat bukan sahaja untuk meminta sesuatu, tapi juga untuk mensyukuri segala sesuatu yang kita terima setiap saat dalam hari-hari kita. kan terlalu banyak? sebab tu kena kerap.

tapi ofcourse, nak minta apa sahaja pun boleh, sebab Allah adalah penguasa alam.

"can you pray for grades? to get A+? to get jobs?" teruja, macam popcorn soalan-soalannya keluar.

comel.

she has never heard of islam.

much later, bila kami bersembang dan dia bercerita tentang faith dia, dia sendiri ketawa dan segan nak bercerita, kerana "it's really funny, and the historical stories do not really makes sense".

saya terdiam lagi.

she has never heard of islam.

seorang kakak pernah berkata, sudah tiba masanya kita secara paksa tingkatkan isti'ab diri. ramai yang memerlukan di luar sana.

"...dan siapakah lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang ada padanya dari Allah? Allah tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan."

"...And who is more unjust than one who conceals a testimony he has from Allah? And Allah is not unaware of what you do."

2:140

p/s: teaser.

2 comments:

  1. do write more please atiqah! :) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai ai captain <3 :) kite banyak release draft lama yg x pernah publish je ni. huhu. hence the no-flow between posts

      Delete