Tuesday, January 15, 2013

classmates

bismillah,

di saat memulakan program ini, saya sedikit sebanyak sangat nervous, kerana tidak mengenali sesiapa. tambahan pula, setiap course memerlukan pembentukan kumpulan, kerana ia sangat berasaskan group work.

lepas satu, satu kumpulan dibentuk. alhamdulillah groupmates setiap group sama jantina. even untuk satu course yang secara explicit meletakkan syarat perlu ada both lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan supaya dapat sudut pandang yang lebih comprehensive, kumpulan saya terkecuali kerana lelaki tak cukup dalam kelas. tapi prof beritahu, ada pelajar baru akan join group saya mulai kelas akan datang.

nervous lagi.

tengok-tengok, eh perempuan. Alice namanya. alhamdulillah again.

not that muslimahs cant work professionally comfortably, boleh saja. tapi sama jantina memudahkan segalanya. maka lega, Allah bantu sungguh ni. boleh terselamat dalam setiap course.

later in the semester, bersembang-sembang dengan Alice. dia american, dari ohio. katanya, lepas habis belajar, mahu cari kerja dan settle down di sini. terkejut, saya bertanya kenapa, sebab generally americans do not like canadians, what more untuk bermastautin, vice versa. jawab beliau, "because where i came from people don't really accept me for who i am". ringkas jawapannya, tak sempat menerangkan panjang, kerana kelas telah bermula.

personaliti beliau yang memang agak unik, dia suka mengait tidak kira di mana sahaja, dan dress up pun tidak seperti non muslims lain yang sebaya dengannya, membuatkan saya tidak berfikir panjang pun tentang jawapan beliau itu.

fast forward more group meetings. kami berbincang tentang masa terbaik untuk menyudahkan kerja. kata alice, "i can do weekends but not on sundays. that's the only day both my girlfriend and i are off, so i'd like to reserve that for her so that we can spend time together".

saya tertoleh. terkejut. tapi riak orang lain biasa sahaja. maka buat kesimpulan, mungkin saya tersalah dengar. atau mungkin maksud beliau, kawan perempuan, saya pun ada girlfriends. plural lagi.

tapi lepas lepas tu, memang ternyata girlfriend yang alice maksudkan adalah girlfriend dalam erti kata masyarakat hari ini. T_____T innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

bila tahu sahaja fakta ini, sungguh rasa tak selesa berhubung dengan beliau. jaga batas pergaulan, sebagaimana dengan lelaki. huhu. dan akhirnya tak tahulah better dapat groupmate lelaki atau sebegini. 

dan inilah realiti hari ini. umat sangat sakit.

teringat komen ustazah maznah, "awak pilih untuk duduk dalam rangka sistem jahiliyah, lepas tu nak cari penyelesaian dengan cara islam. memang tak jumpalah jalannya"...

keadaan sekeliling sangat tak membantu. dan kalau tiada campur tangan untuk membaiki keadaan ini, imagine what the world will be like in another 20 years. ngeri. nak keadaan ini berubah, kenalah ada yang menjadi agen pengubahnya. kita, takkan nak tengok saja?

kata seorang kakak, sudah tiba masanya kita tingkatkan isti'ab (kapasiti diri), kerana sangat ramai yang dahagakan islam di luar sana. umat sangat tenat. kita tiada masa untuk bermalas-malasan, bertakut-takutan lagi.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

No comments:

Post a Comment