Monday, January 7, 2013

lillah

bismillah,

i)
baru ini ada adik buat reflection dari fundraising drive yang mereka buat. katanya, amal yang dilaksanakan lillahitaala, harus selari dari magnitud lisan dan amalnya. lillah apa jika buat sambil berlewa-lewa, jika usaha entah apa-apa? ya. mana mungkin kita sanggup nak present benda cikai-cikai pada Rabbul'alamin, Tuhan Semesta Alam. cakap senang. buktikan dengan kualiti usaha.

ii)
dan di khutbah jumaat hari itu, imam zaid shakir mengingatkan, jika benar suatu hubungan ukhuwwah itu lillahitaala, mana mungkin dikocakkan oleh isu-isu tidak kiralah kecil mahupun besar. kerana lillah itu lebih besar dari segalanya!


credit gambar: NZ. rwc '12, kanata.
bismillah. dengan nama Allah.

No comments:

Post a Comment