Friday, January 18, 2013

urgensi R & S

bismillah,
antara kesimpulan adik-adik dari FFG adalah, "ramai sebenarnya orang baik kat dunia ni".

sangat betul. semua orang fitrah, nakkan kebaikan. kita perlu tunjukkan jalan sahaja, inshaAllah ramai akan menyerbu untuk menyumbang.

alkisah, a short bus ride from point A to home.

1. nak naik bas. ramai orang sedang menanti giliran nak naik bas yang sama. ada budak kecik terjatuh bus pass nya, sedang tangan dia penuh barang. berebut orang tolong ambilkan. laju, budak tu pun sendiri tak sempat nak ambil sendiri.

2. dalam bas. ada seorang makcik tua, mukanya berkerut-kerut masam, dan mulutnya mumbling membebel seorang diri. tengok dari jauh, i was like, hurm, awaslah semua orang. ada time bomb kat sini. sesiapa silap langkah pasti makcik tu akan bersuara betul-betul. (haih apa cerita husnuzzon T__T)

bas jalan. tingkap sebelah makcik tu, tak tutup rapat. jadi angin sejuk mula masuk ke dalam, dan dia terganggu. dia membebel lagi. sekuat hati dia cuba tolak tingkap untuk tutup rapat. tak berjaya. dia tap lelaki muda di sebelahnya, minta tolong tutupkan. pemuda tu pakai earphone, dan sedang membaca. dia tak sedar makcik tu panggil. makcik tap2 lagi sekali. pemuda tu dengan muka ceria, terus membantu makcik tu. cuba beberapa kali, tak berapa berjaya juga. sembang-sembang sedikit dengan makcik, kemudian pemuda terus sambung membaca, dengan earphone. makcik tu terus mumbling lagi, dengan wajah berkerut. selepas 5 saat, bagai baru dapat idea, pemuda tu terus offer tukar tempat duduk. makcik tu terima tawaran, dengan muka lega.

saya kagum dengan positivity pemuda tersebut. sedikit pun tak affected by mood makcik tu, dan ceria sahaja membantu. senyum sentiasa.

3. stop saya sudah semakin hampir. tangan penuh barang. agak struggle juga untuk tekan loceng, susun-susun barang di tangan. nampak kepayahan saya, ada fellow bus rider tolong tekankan loceng, kemudian senyum pada arah saya. alhamdulillah dimudahkan. sampai. hendak turun, again dia bantu dengan pintu.

melihat ramainya peribadi-peribadi osem, terasa dunia masih ada sinar harapan!
keluar dari bas, sungguh tak dapat berhenti senyum. ramainya orang baik di dunia ini! walaupun watak-watak ini semuaaaa Caucasian, maka most probably bukan muslim, tapi sangat tersentuh dengan akhlak muslim mereka! alangkah indahnya jika semua mendapat khabar islam. aduhai.

sejarah mencatat sangat ramai yang terkesan hanya kerana qudwah, melihatkan peribadi orang-orang soleh, (sepertimana saya terkesan dengan good acts mat-mat salleh tadi). nenek tua yang suka kutuk nabi, wanita yang suka letak najis di laluan nabi, wanita yahudi di pasar yang sering di suap oleh nabi. akhlak dan qudwah, adalah senjata ampuh, yang mampu membuka hati sekeras mana sekalipun!

urgent3! perkongsian mba (saya lupa namanya)
dan kisah seorang ukhti di indonesia membuatkan air mata saya mengalir. Allah. benarlah peribadi adalah dakwah terbaik. mengesankan biar sudah pergi. mengesankan biar tak kenal. nak contohi beliau, walau jauh lagi :(

checklist no 1 pun dah sentap. camno ni :'(
R - ruhiyah
S- syakhsiyah (peribadi)

4 comments:

  1. awak cerita about all those good people kat sana makes me miss ottawa so so much.. susah nak dapat perasaan happy tgk org baik2 dekat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "be the change u want to see"-mahatma gandhi :)

      Delete
  2. huuu susahnyaaaa. dah la senang affected dgn mood orang. kalau akhlak mmg naturally baik kan senang. huhu. boleh ke nak cakap mcm tuu

    ReplyDelete