Tuesday, March 26, 2013

Mercy to mankind

bismillah,

baru ini diingatkan tentang hadith ini. dan hakikat, bahawa jarak kita dengan hari kiamat semakin dekat. bila kiamat sudah dekat, generasi manusia yang tinggal pun makin sedikit, maka peluang untuk mencipta rantaian pahala pun semakin kecil. maka harus rebut segalaaa peluang untuk mencipta rantai. inilah bekalan kita, untuk melapangkan kubur, memudahkan hisab, masuk syurga bersama anbiya', shuhada', dan solihin, dan jumpa Allah!

teori mudah. tapi ia menuntut masa, masa, masa, tenaga dan pengorbanan.

baru ini Islam Awareness Week di universiti. subhanallah wa Allahuakbar, lebih 12 orang kembali kepada fitrah dan memeluk agama suci ini. Cerita seorang adik, sebaik sahaja mendapat berita kejayaan ini, pantas brother coordinator mengingatkan para volunteers tentang surah annasr, agar mengerjakan solat sunat taubat.


Dan aku kira, aku juga perlu turut sama solat sunat taubat, kerana tidak bersama-sama mereka menyebarkan Islam yang merupakan hak seluruh alam ini. Huuu.

Dan aku bersaksi, benarlah, dengan mudah Allah menggantikan kita jika kita tidak thabat. Benarlah, golongan yang membenarkan Islam itu, akan sentiasa ada, sama ada kita bersama-sama mahupun tidak.

"Dan jika kamu berpaling dari jalan yang benar, Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan durhaka seperti kamu" 47:38.

Huuu.

Moga Allah terima amal yang sedikit, dan mengampunkan segala cacat cela.

No comments:

Post a Comment