Thursday, March 7, 2013

Tuhan

bismillah,

bulan dua dan bulan tiga ini, banyak occasion yang memerlukan aku memberi hadiah kepada mutarabbiku. membuatkan aku terfikir, kalaulah kita dah selalu sangat beri hadiah pada orang, mesti at one point, dah tak tahu lagi dah nak bagi apa kan? tak tahu lagi dah nak surprisekan macam mana, sebab semua taktik dah pernah buat.* Dalam membina orang pun, dah tak tahu nak buat apa untuk address issues yang timbul. dah buat ini, itu, masih tak jalan!

tahaddu tahabbu. kredit gambar: google
tapi Allah tak pernah begitu. He never fails to pleasantly surprise us, He never fails to make us awed with so many gifts, memberi ujian yang sentiasa membina dan mengimprove peribadi kita, menggembirakan kita di kala sedih, dan sebagainyalah. Walaupun sejak dalam perut ibu lagipun, kita dah menerima banyak benda dari Allah. malah, wayyy before bumi diciptakan lagi.

ternyatalah, Allah Maha Powerful, mampu buat apa sahaja. will never be exhausted of means. duh, memanglah, dah Allah itu Tuhan. tapi, entah kenapa baru appreciate dan realize.

Semester lepas, saya mengalami kekeringan duit yang agak membimbangkan. Alhamdulillah, bayaran untuk yang wajib, dan simpanan sudah dilangsaikan dan diketepikan. Tapi selepas itu poket benar-benar tipis sedangkan elaun tersebut perlu bertahan untuk beberapa bulan lagi.

Dan semester baru bermula. Nak pakai duit sangat banyak. Cuba sahaja kira, jika average satu course memerlukan CAD50 untuk case studies/buku/copyrights, saya ambil 10 course dalam 4 bulan. itu belum kira beberapa course yang materialsnya CAD150 dan ke atas. and the materials aren't like undergraduate textbooks, boleh dicari alternatif yang lebih murah. nehi. kalau harganya sebegitu, sebegitulah.

Tiba-tiba, bertalu-talu masuk ke inbox, classmate mengsharekan materials yang mereka sudah bayar dan download. mesej ini datang dari pelbagai arah, untuk SEMUA mata pelajaran. subhanallah. terpana terkesima terkejut, fa bi ayyi alaa-i robbikuma tukatzibaan?

ada tu, datang dari groupmate ketika sem 1, dan saya langsung tidak pernah bercakap dengannya dah selepas itu, kerana lain concentration. saat itu sem 3. ada pula, yang baru pertama kali kenal dalam kelas. esoknya dah share access code. ada pula yang saya langsung tak pernah kenal, tahu-tahu sampai nama beliau dalam inbox. subhanallah. dan akhirnya tiada satu pun duit yang saya perlu keluarkan untuk sem itu.

sedangkan, di sem 1 dan 2, punya lah saya berusaha tanya jika ada kawan-kawan yang nak share duit untuk share access code kepada course materials, semua tidak bersetuju kerana ianya sebenarnya unethical dari segi copy rights. (errr).

dan kini masuk sem baru lagi. poket kekal nipis, dan kali ini sungguhlah kritikal. sedangkan tanggungjawab kewangan yang tidak disangka-sangka bertambah-tambah. situasi pula memaksakan kita untuk keluarkan duit lebih dari budget yang kita dah tetapkan. listkan dan cukup-cukupkan duit, kiri kanan orang tambah lagi what they expect out of us.

tiba-tiba, kiri dan kanan duit yang aku dahulukan beberapa ketika dulu, dan langsung tidak expect untuk dapat semula pun, dah lupa pun, dibayar semula. bukan satu dua sumber, tapi pelbagai! semua tiba-tiba sahaja bayar. dan tidak exaggerate jika aku katakan kiri dan kanan duit muncul ka-ching ka-ching tanpa disangka-sangka. out of the blue, PhD student tanya jika saya mahu tolong dengan data tambahan untuk bayaran sekian-sekian. out of the blue, prof email minta tolong proctor exam tambahan, dengan bayaran yang lumayan. subhanallah.


fa bi ayyi alaa-i robbikuma tukatzibaan?

dan sungguhlah, Allah itu Tuhan. takkan pernah putus sumberNya. kekal abadi, boleh memberi sentiasa, dalam pelbagai bentuk. subhanallah.

benarlah, and i testify to this, bahawa Allah boleh beri dari arah yang tak disangka-sangka. sebab, Dia tuhan. 

*kisah sebenarnya: jarangpun beri hadiah atau buat surprise. haha. minta maaf ya. selamat meningkat usia orang-orang ottawa, orang-orang peterborough, dan orang toronto. Barakallahufeekunna!

3 comments:

  1. ler, kau nye post kali ni betul2 terkesan kat aku..di saat2 aku resah bagai amat sbb due date for tuition fees to be paid yg sgt2 dekat n dgn keadaan poket yg sgt2 nipis, tibe2 dpt confirmation email about sambungan sponsorship.. all praise to Him..

    "benarlah, and I testify to this, bahawa Allah boleh beri dari arah yang tak disangka-sangka. sebab, Dia Tuhan"

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Perkara yang memang saya confuse sejak dulu lagi, nak make sure be ethical, tapi semua benda mahal, buku mahal, access code mahal, software mahal, bagaimana ya? Apa pandangan Islam dan fiqh tentang isu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. maaf saya bukan ahli fiqh.
      but im not proud of this practice.

      Delete