Monday, September 9, 2013

Experience is power

bismillah,
Alhamdulillah, di sebuah kursus yang saya hadir baru ini, di beri peluang untuk duduk semeja, ber'mesyuarat' dengan orang hebat-hebat. Kami diberi tugas untuk buat keputusan berdasarkan beberapa proposal yang dibentangkan.

Bila masing-masing memperkenalkan diri sebelum kami bermula, aku mula kecut perut. Dari doktor pakar yang sudah berkhidmat lama dan gaji melebihi 10k, doktor pakar yang kini buat sub kepakaran pula, nuclear pharmacist selama 5 tahun, dentist, lawyer yang punya pengalaman 8 tahun dan pernah kendali kes besar dan terkenal, pegawai JKR bidang radiologi, pensyarah kimia, polis yang daki tangga karier dari anak penoreh getah ke politeknik ke degree di UK dengan duit kerja sendiri dan akhirnya tersenarai sebagai penerima biasiswa universiti untuk masters dan phD. And the list goes on and on.

Semuanya punya selaut luas pengalaman bertahun-tahun. Karier-karier yang selama ini dengar di mulut sahaja, kini hadir dalam bentuk manusia 'real' depan mata. Hu hu. Yang paling mentah, seorang graduan Ivy League university, dan sudah bekerja selama setahun. Bakal menyambung pelajaran to again an Ivy League university. Ok ternyata tiada tandingan, mentah lagi aku T_T.

Maka aku menjangkakan, pasti aku akan senyap seribu bahasa dalam perbincangan kami dek rasa inferior yang teramat. Tambahan pula di universiti selama 4 tahun pun boleh kira sebelah tangan kelas-kelas yang aku rajin mengeluarkan suara.

Tapi ternyata tidak. Bila perbincangan berjalan dan terus berjalan, ada juga aku sampuk, beri cadangan, dan kemukakan soalan. Aku ikuti diskusi dengan aktif. Dan semua saranan yang aku dapat beri, adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman dalam DnT. Apa yang pernah terjadi, apa tindakan yang diambil, pros dan consnya. Walaupun keputusan yang cuba di ambil jauh panggang dari api dengan dakwah mahupun tarbiyyah.

Bila di muhasabah semula, it made me think, inilah yang DnT beri kepadaku, selain dari banyak lagi. Tapi apa pula yang aku beri semula kepada medan ini?

Teringat quote dari sebuah buku, jangan hanya jadi beban kepada 'mak ayah'. Beban macam mana pula? Bila ruh kita perlu diberi 'makan', 'pakai', betapa sangat banyak tenaga dan wang yang dicurahkan! Tiba masa, kita harus pastikan segala jerih itu berbayar, dengan kita pula menyumbang. Jangan jadi hanya beban. Beri balik.

P/s: muhasabah di kala again, inferior tak ada pengalaman untuk dicoretkan menjadi assignment. Moga Allah bantu.

3 comments:

  1. MashaAllah! dah duduk sebaris dengan orang-orang hebat, ternyata anda hebat juga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ternyata awak memang kaunselor in practice dila, sentiasa positif dan beri motivasi pada yang lain. aishiteru!

      Delete