Tuesday, April 9, 2013

peraturan khusus

bismillah,

ramai dengan mudahnya akan bersetuju bahawa cara untuk mengubah masyarakat, menyelesaikan masalah-masalah besar, adalah dengan mendidik setiap individu, menjadikan mereka mahukan perubahan.


Peranan individu dari sudut pandang mereka.

Dalam IkhwanulMuslimin, kepentingan individu ini sangat dititik beratkan. Sehinggakan usrah disenaraikan sebagai sesuatu yang tetap dan tidak akan berubah daripada Sistem Tarbiyah, kerana ia adalah wadah  utama yang memungkinkan tersedianya atau terbinanya individu secara Islami dan sempurna. Maknanya, Sistem Usrah sangat penting hinggakan ia akan tetap diteruskan sekalipun setelah tertegaknya Kerajaan Islam.  

Untuk memastikan pentarbiyahan yang sangat penting ini berjalan secara smooth, Imam Al-Banna telah meletakkan beberapa Peraturan Khusus untuk wasilah ini, bagi menjamin matlamatnya untuk mentarbiyah individu dapat terlaksana.

Apa peraturan khusus tu??

ahli berada dalam suasana mudah dihubungi untuk menerima arahan dari masa ke semasa. jangan jadi arab badwi! alhujurat 14-16
Jika ini berlaku, automatik ia akan menguatkan ikatan, meningkatkan ukhuwwah, dan menukarkan teori menjadi suatu praktis.

Sumber: tulisan ustaz tajul arifin.

Imam Al-Banna berkata: “Wahai Ikhwan sekalian, sistem ini (usrah) amat berguna untuk kita dan dakwah ini dengan izin Allah SWT. Ia berfungsi untuk mengontrol (mengawal) ikhwan yang ikhlas dan menjadikan mereka berada dalam suasana mudah dihubungi dan menerima arahan dari masa ke semasa untuk kepentingan dakwah yang mulia ini. Ia akan menguatkan ikatan dan meningkatkan ukhuwah satu sama lain dari tahap kata-kata (teori) ke tahap perbuatan dan praktikal (pelaksanaan)”.

No comments:

Post a Comment