Saturday, April 6, 2013

tanggungjawab

bismillah,

saya sedang bercakap dengan adik bongsu saya di atas telefon, bila tiba-tiba dengar suara ummi di latar belakang, "adik, ummi masuk tidur dulu ya,".

saya tersenyap seketika. memang sedia maklum ummi benar-benar tak sihat waktu itu, sangat teruk sehingga beberapa kelas beliau batalkan. lembik tak bermaya, tiada suara, ongoing vomiting and diarrhea,  dan sebagainya. tapi yang terdiam muhasabah sekejap adalah kerana di saat ummi tidak mampu bangun langsung, hendak masuk berehat pun, perlu beritahu budak kecil itu terlebih dahulu (malam, dan yang lelaki semua keluar ke surau, adik tinggal berseorangan dengan ummi di rumah). 

saya disini? tak sihat, masuk sahajalah tidur. tutup pintu, tidak perlu meminta izin sesiapa. beritahu pun tak perlu, melainkan ada temujanji yang perlu diganjak atau ada tanggungjawab yang perlu ditunai segera.

dan begitulah. tanggungjawab sentiasa bertambah dengan usia. waktu muda boleh buat sesuka hati, dah ada pertanggungjawaban, tidak lagi.

waktu bayi, lapar atau tak selesa, jerit sahajalah sekuat-kuat hati. tak kiralah pukul 2-3 pagi sekalipun. pasti akan di attend dengan segera.

miqdad! gambar oleh abahnya.
bila dah besar sedikit, dan ibu bapa dah selesa untuk bawa kita ke majlis, liqa', program dan sebagainya. tapi kalau kita penat, merengek sahajalah. pasti ibu bapa kita akan segera bawa kita pulang. kalau umur dah 10 tahun buat macam tu lagi pastilah kena cubit.

dan bila dah lagi besar, tak kira betapa penat sekalipun, kalau ia memerlukan keberadaan kita sehingga 4 pagi, sehingga 4 pagilah tercongok di situ, berjaga menahan kantuk melawan lapar, kerana itu tanggungjawab kita. we can no longer get away with things.

dahulu, waktu umur tarbiyah masih muda, bila down dan rasa tension, boleh sahaja appear permanently invisible pada sang naqibah (zaman Yahoo Messenger dahulu), dan buat tak tahu mesej-mesej beliau.  atau "sorry kak, nak balik rumahlah hujung minggu ni. tak dapat pergi program". atau "sorry kak, ada makan-makan kawan tadi, tak dapat nak join usrah".

tapi sekarang, tak boleh lagi lari sesuka hati sebaik sahaja rasa mahu menyendiri. kerana ramai mutarabbi yang berada di bawah taklifan kita. sekali lari masuk gua, banyak urusan akan tertangguh, banyak hak mutarabbi yang tidak akan tertunai. program pula tetap perlu diurus, dan meeting tetap perlu dihadiri dengan persediaan penuh.

dunia tidak lagi berhenti untuk kita, bila kita 'lapar, dahaga, atau penat'. maka nak tak nak perlu gagahkan kaki untuk terus berlari dan berlari. walau lapar. walau dahaga. walau penat. mengabaikan segenap rasa. kerana itu taklifan kita.

waktu kecil, merajuk bila diusik pun akan dikatakan comel!
point saya, kita dah besar dah 20-an, kalau di rumah orang buat perangai macam budak 2-3 tahun menangis sebab mengantuk dan nak balik rumah tidur, pasti kena cubit dan dituduh gila >_<.

maka jangan buat begitu dengan urusan tarbiyah kita. teruskan berlari. lillahi taala, inshaAllah. semoga Allah beri kekuatan pada kita semua! dan barulah faham, mengapa mati itu sahajalah rehat yang pasti. waktu itu, dah tiada dah taklifan yang akan menuntut keberadaan kita. huhu.

No comments:

Post a Comment