Friday, April 5, 2013

tegur

bismillah,

Alkisah, 4 minggu saya attend kelas dan hantar assignment dalam session yang salah. T___T. Saya mendaftar untuk section malam, tapi sentiasa attend yang pagi - kedua-duanya diajar prof yang sama. Macam mana boleh tersilap? Wallahua'lam.

Hanya tersedar 2 minggu sebelum final, bila Prof assign group presentation impromptu, dan kumpulan pula beliau bahagikan berdasarkan senarai nama di dalam kelas. Nama saya sudah pasti terkumpul dengan pelajar-pelajar section malam. Maka bila nak present barulah sedar. Huhuhu. Prof senyum sahaja, rupanya dia dah lama tahu kesilapan saya ini. Attendance list pun beliau tanda sahaja nama saya untuk 4-4 minggu.

Begitulah. Banyak kesilapan yang mungkin pada kacamata kita obvious, dan membuatkan kita hairan, kenapa dia sengaja melakukan kesilapan seperti itu? Walhal sungguh-sungguh beliau tidak sedar atau tidak tahu, sedangkan kesilapan itu terus-menerus mencacatkan amalnya.

Bahkan perkara-perkara yang trivial seperti aurat sekalipun. Pernah suatu kes, akhawat sering bergurau-gurau menegurnya, tidak menutup aurat dengan sempurna. Tapi dia tidak berubah. Sehinggalah akhirnya suatu hari situasi membuatkan saya tegur beliau dengan serious disertakan dengan dalil, terkejutlah dia kerana selama ini dia tidak pernah tahu hukum tersebut. Dan dia terus immediately berubah. Hu maka salah siapakah ini?

yang sedang nazak, jika tidak cepat suscitate, akan mati terus
Seorang adik pernah mengatakan, dia sangat bimbang jika kesilapan-kesilapan dia tidak ditegur akhawat lain. Bimbang akan hanyut, tanpa dia sedar. Dan saya setuju concern ini. Kesalahan mungkin kecil. Tapi jika tidak di address, akan membarah. Di saat itu, kita tidak lagi mampu buat apa-apa. Ini berdasarkan pengalaman.

Maka kita harus lebih serious dan berani dalam menegur orang-orang yang kita sayang. Bilhikmah, sudah tentu.

Dan suatu perkara yang saya belajar kepentingannya, teguran perlu segera dibuat selepas kesalahan dilakukan, supaya yang ditegur boleh terus relate teguran dengan kesilapannya. Dia juga akan tahu yang kita sangat objektif, dan bukannya lama menyimpan perasaan sebelum menegurnya. Jika kesalahan itu dah lama, selepas sebulan baru kita tegur, mungkin akan membuatkan beliau fikir, "Eh kenapa tiba-tiba nak ungkit perkara lama?" Maka penting feedback dilakukan segera.

Ini juga applicable untuk perkara-perkara yang patut kita puji, untuk encourage pengulangan di masa hadapan. Perlu tepat pada masanya.

baru ini seorang murobbiyah mengsharekan 3 contoh kisah nabi mendidik dan menegur (orang badwi, orang bertanya tentang kiamat, dan ibnu abbas). sangat best. di lain post inshaAllah.

p/s: saya suka berjalan berdua dengan sesiapa pun. pasti keluar curhat yang menambah mawaddah dan iman.

2 comments:

  1. Ok kak tiqah, lepasni saya chop akak nak jalan berdua ! :)

    -hazirahsabuddin-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom! hee tp kena jumpa dulu. bilalah. if x kat dunia kat syurga ye :) doakan akk dpt masuk syurga ngn hazirah! huu

      Delete