Tuesday, May 28, 2013

fungsi

bismillah,
teringat kata-kata seorang agamawan bila umum mendoakan perkahwinan beliau. katanya, "doakan kami dapat bina baitmuslim yang berfungsi".

ringkas. tapi sarat dengan harapan.

semua orang percaya peranan perkahwinan dalam masyarakat. tak kisahlah ahli IKRAM ke, da'ie ke, aktivis mana-mana persatuan ke, mahupun orang yang tiada affiliasi mana-mana. Semua percaya, sepasang suami-isteri ada peranan dalam masyarakat, pada keluarga besar masing-masing, pada adik-beradik, pada jiran-jiran, pada surau tempat tinggal, contohnya.

maka respon tadi itu, saya kira, sangat padat. semua orang mahu menggelar perkahwinan mereka baitulmuslim. tapi adakah ia benar memenuhi peranan baitulmuslim itu?

tidak dapat tidak, saya teringat satu keluarga yang saya kira sangat berfungsi di Ottawa ini.

Anak-anak keluarga itu paling kurang seorang hafiz dan seorang hafizah Quran (saya tak pasti status adik-beradik yang lain). Sang ibu, membantu anak-anak orang lain menjadi hafiz hafizah Quran. Sang ibu juga menjadi figure rujukan muslimaat Ottawa. Rumahnya sering penuh, diziarahi orang-orang yang mahu belajar tentang Islam.

Pernah bila sang anak membantu saya, dan menemui jalan buntu, terus dia rujuk pada ibunya yang kemudian memberikan tips-tips berguna.

Anak-anak keluarga itu juga, aktivis dalam masyarakat.
Bukan sahaja sebagai key player di peringkat tertinggi universiti, malah bila saya pergi ke suatu organisasi kebajikan yang langsung tiada kena-mengena dengan universiti pun, saya  jumpa seorang yang mempunyai nama keluarga mereka sebagai founder organisasi tersebut. bila saya perkenalkan diri sebagai 'atiqah', founder itu terus bertanya, "whats your last name? do you go to carleton?"
"**** talks about you all the time. she is my sister".
oh why am i not surprised.

Adiknya yang bongsu pula, despite umur yang muda, turut aktif dalam kerja-kerja tawasul ijtima'ie di tempat belajar/kerja abang kakaknya.

Pendek kata, semua ahli keluarganya memainkan peranan dalam masyarakat. Dan saya yakin, hasil ini bukanlah lahir secara automatik selepas doa dan berharap dalam hati, tapi pasti memerlukan usaha sepenuh sedar sang ibu dan bapa.

Tips-tips dan contoh-contoh usaha menanamkan unsur dakwah ada di huraikan oleh ummu atifah di kuliah blueprint keluarga du'atnya.

Apapun, doakan baitulmuslim yang baru dibina ini berfungsi inshaAllah.

Barakallahufeekum,
Atiqah

No comments:

Post a Comment