Saturday, June 22, 2013

bismillah,

antara pesan yang saya paling ingat, adalah dari seorang muwajjih, dua summer yang lepas. katanya, musim summer, pergi berziarah, bertebaranlah, berjumpa orang di rumah-rumah mereka. bukan sahaja sheikh2 kabir, qudama (orang-orang yang lama di jalan ini), tapi juga ikhwah akhawat seangkatan kita, dan mutarabbi-mutarabbi kita.

limaza?

kerana dengan menziarah rumah, kita akan memahami pelbagai benda.

ada ukhti, yang susah benar keluar rumah, hingga menghairankan akhawat lain. ibu bapa lain susah juga, tapi dia extremely susah. bila berjumpa sendiri ibunya, baru faham.  segala alasan ukhti tadi selama ini, adalah hakikat situasi, dan bukan sekadar alasan.

ada ukhti lain yang suka benar bersembunyi di dalam bilik, hatta ramai tetamu berziarah, hatta RI sedang penuh dengan aktiviti. pening kepala yang lain. rupanya familynya memang jenis begitu, masing-masing di ruang sendiri.

ada ukhti yang tak suka benar melipat kain, berilah dia task-task dapur pagi sampai malam dia boleh selesaikan, tapi bab laundry, dua hari belum tentu cukup. sebab di rumahnya, laundry adalah kerja-kerja orang lelaki.

ada pula, ukhti yang rajin benar melayan orang bersembang. beri sahaja task menjaga kebajikan peserta mahupun vip (muwajjih), pasti tip top hasil kerjanya. kerana neighbourhoodnya penuh makcik-makcik yang dah bersara, dan dia sudah terbiasa menemani ibunya bersosial.

dan taaruf sebegini (menyeluruh, mendalam, dan jelas) akan memberi kita sisi baru dalam taaruf kita. tahu, logamnya apa. maka bila membahagikan taklifan, akan beri sesuai dengan kebolehan dia.

dan antara pesan yang saya paling ingat, adalah bebelan kasih sayang summer yang lepas. tegur seorang kakak, "antunna ni siapa-siapa je antunna lantik untuk in charge program. pilih betul-betul, yang boleh keluar dan sebagainya, kalau tidak banyak kerja terbantut, PIC tersebut juga akan dizalimi!"

maka taaruf perlu. supaya boleh beri tanggungjawaban dengan betul. dan kerja-kerja kita akan terus berjalan dengan lancar.

***
banyak yang ingin di coret. tapi tak tercoret.
post ini tidak bertajuk, sebab random.

No comments:

Post a Comment