Sunday, June 23, 2013

latifah

bismillah,

antara hadiah kahwin hari itu, sebuah buku tentang tokoh muslimah, isteri seorang da'ie hebat. latifah namanya. dia sangat hebat memainkan peranannya sebagai isteri seorang daie, maka kisahnya memang best untuk dijadikan contoh.

alkisah, suaminya sangat sibuk menyantuni masyarakat dan berdakwah, maka sangat kerap bermusafir. sang suami tetap membantu di rumah, cuma kadang kala hanya pulang untuk 2-3 jam sahaja melepas lelah. dan 2-3 jam itu, latifah akan pastikan sehabisnya suaminya dapat rehat, dapat ketenangan, tidak menghujani dengan kerisauan dan masalah. huhu. dengar macam simple, kerana 2-3 jam itu kedengaran sangat sekejap. tapi susah sebenarnya untuk pastikan 2-3 jam itu clear tanpa masalah. berjam-jam sebelumnya perlu buat persiapan mengemas rumah, masak, dan sebagainya. dengan anak-anak kecil lagi. prinsip beliau, biar 2-3 jam itu suaminya dapat rehat betul, agar dapat keluar berdakwah semula dengan sepenuh tenaga. dikatakan, suaminya masuk sahaja ke rumah terus merasa tenang dan teduh!

alkisah, suaminya menginfakkan sepertiga hartanya untuk dakwah, sepertiga lagi untuk keluarga besar. maka yang tinggal, hanya sepertiga untuk keluarga kecil mereka. rumah sewa mereka makin uzur, dan latifah pun meminta suaminya rumah membeli sebuah rumah. namun jawab suaminya, rumah mereka akan di syurga inshaAllah. dan latifah menerima jawapan itu setulus hati. tidak question, tidak memberontak dalam diam, malah insaf dengan janji tuhan yang pasti. hu. ini juga sangat sukar. kita kata kita boleh hidup susah, zuhud inshaAllah. tapi belum apa-apa dah ajak balik malaysia, duduk berdekatan parents, dsb T_T

dan latifah, banyak cabarannya membesarkan anak. umur mereka rapat-rapat, dan dia hadapi kerenah mereka, tanpa membebankan sang suami. malah ketika anak sakit kronik pun, latifah merelakan sang suami ke katibah yang telah di jadualkan sebelum ini. katibah, kalau zaman ada handphone pun, bukan akan selalu berhubung, kerana fokus dengan hubungan dengan tuhan. zaman itu, memang belum ada cellphone. landline pun tiada nak mohon bantuan dan support bila kecemasan. tapi latifah tenang dan redha.

dan latifah, antara sifatnya, dia tidak pernah membuatkan suaminya risau benda yang tidak perlu. apa yang dia boleh urus, dia urus sendiri. dia tidak pernah membebankan sang suami dengan bebanan emosi.  ini secara fitrahnya sangat susah untuk seorang perempuan, yang sifatnya suka kongsi masalah untuk dapatkan sokongan.

latifah juga memberi seratus persen percaya kepada suaminya. walau akhawat sering berkunjung untuk berdiskusi dengan suaminya dalam ruang terbuka, latifah tidak pernah bertanya apa yang dibincangkan, apa yang mereka buat, etc.

dia buat apa sahaja yang termampu, sebagai usahanya mendukung dakwah. menyenangkan kerja sang suami, supaya suami boleh fokus dakwah.

dan dia juga menyokong dakwah suaminya, dengan turut prihatin pada kader-kader dakwah, ibarat anak sendiri. pernah seorang ukhti datang mengadu kepada beliau perihal suami ukhti itu, latifah respon dengan mengatakan "apakah yang telah anakku lakukan sehingga enti bersedih begini?" dan setiap kali ikhwah akhawat berkunjung ke rumah, mereka tak pernah pulang melainkan tangan berisi makanan, sama ada sudah dimasak atau belum. dan kerana suaminya menjadi tempat rujuk dakwah, rumahnya bukan dikunjungi sehari sekali, bahkan berkali2! bayangkan berapa banyak kali kena masuk dapur? T_T

kerana perjuangan sang suami, perjuangan dia juga.

semenjak kehidupan baru ini, latifah, antara wanita yang saya kagumi selepas hajar, isteri nabi ibrahim alaihissalam. kisah-kisah yang mungkin sepele, tapi tidak simple bila sendiri yang mengharunginya. hu. kesemuanya tentang kesediaan emosi, kebesaran jiwa. moga Allah beri kekuatan hajar dan latifah kepada semua akhawat di dunia.

recommended:

1 comment: