Monday, June 3, 2013

peka

bismillah,

antara perkara yang boleh menambat hati, adalah kepekaan seseorang terhadap seseorang yang lain. ini memerlukan skill, bukan semua orang mampu untuk notice perubahan atau perkara-perkara kecil pada orang lain, atau menyentuh hati-hati orang lain dengan perbuatan, tanpa kata-kata.

tapi dia, sungguh mengagumkan.

kisah 1:
saya bersembang dengan adik, tentang brand names yang
best untuk sebuah benda. saya menyebut saya sangat suka brand XYZ sejak sekian lama, tapi tak beli kerana sebab sekian-sekian. tika itu, dia ada di hujung bilik, tekun membuat kerjanya.

tahu-tahu, esoknya sampai kotak hadiah depan pintu bilik berisi benda itu, jenis XYZ. terharu, saya sangkakan dia tidak dengar perbualan saya dan adik.

kisah 2:
tapak kasut 10 dollar tercabut separuh di hari paling akhir kasut itu perlu berkhidmat. jenuh saya cuba memberitahu orang-orang yang berada di sebelah, meminta bantuan cabut terus supaya mudah berjalan, namun masing-masing sibuk memerhatikan benda lain. tahu-tahu dia berada di sebelah, mencabutkan tapak itu, walhal sebelumnya dia berada beratus meter dari saya. jauh, tapi dia yang pertama sekali nampak kesukaran saya.

jazakAllahukhairankathira, murobbi pertama.


happy fathers day and eid milad sa'ied, baba.

1 comment:

  1. your words touched my heart kak tqah.

    -athirah, youth-to-youth uia july,2011-

    ReplyDelete