Sunday, August 18, 2013

Boss

bismillah,

Ramadhan snippets 3.

Pada big boss, saya belajar suatu benda.

Orang di bawahnya, sepatutnya bertanggungjawab ke atas XYZ. Sangat jelas, tanpa tersembunyi, XYZ merupakan tanggungjawabnya. Tapi mungkin dia mendapat pangkat itu kerana sangat hebat YZ, walaupun tidak tahu langsung buat X. Walhal X itu perkara wajib tahu untuk orang yang berpangkat sepertinya.

No biggie. Setiap minggu, big boss akan duduk dengan beliau, membantu dalam urusan X. Setiap petang, akan mengingatkan. Bahkan big boss juga yang kadang kala tuliskan di board to do list, senarai X step by step.

In a friendly way, yang tidaklah menghina intellectual level orang bawahnya.

Kerana, kita mungkin isteri orang. Tapi tak bermakna kita wajib tahu buat kek lapis. Kita mungkin murobbi, tak bermakna kita ini tere menyusun orang. Jangan dipaksa buluh, ia akan patah. Bantu, buat bersama-sama.

dan dari boss-boss baru ini pun, sangat banyak boleh belajar.

No comments:

Post a Comment