Thursday, August 15, 2013

dzon

bismillah,
Ramadhan snippets 2.
Pada murobbi itu, harus ada rasa percaya, harus ada rasa yakin pada mutarabbinya. Berbaik sangka, yang dia akan dan mampu berubah.

Alkisah.

Ada penduduk kawasan itu yang belum pernah mampu puasa di bulan Ramadhan, belum tahu membaca Quran walau telah 30 lebih tahun beragama Islam. Tetapi dia ada kesedaran ke arah itu. Dia tahu dia patut berubah. Dan azamnya tahun ini, mahu bermula dengan puasa.

Maka saya berkongsi dengannya jadual Ramadhan yang sudah keluar awal-awal. Tarikh mula, waktu sahur dan waktu buka.

Beberapa hari sebelum Ramadhan, dia memberitahu kami semua, suaminya tidak benarkan beliau berpuasa, dan "it will be hard to fast alone".

Sedih. Kemudian pada hari moon sighting, saya dapat tahu Ramadhan akan mula lewat sehari dari jadual yang dikeluarkan. Saya terfikirkan dia, dan berniat untuk memberitahu berita terkini itu kepada dia. But I didn't. Terlalu sibuk dengan hal lain, sehingga memberi justifikasi pada diri: "Tak apalah dia bukannya akan puasa pun".

Dan esoknya bila bertemu, dia orang pertama mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua, dengan penuh gembira.

Dan.

Dia berpuasa.

Allahu. Berdosanya rasa.

Harus ada rasa percaya, harus ada rasa yakin. Perlu berbaik sangka, yang mutarabbi mahu, akan dan mampu berubah. Kerana dzon itu, akan menjadi doa. Dari harapan, bertukar realiti.

Ironi: Nama beliau bulan sabit, bulan yang kelihatan pada malam menentukan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment