Tuesday, August 13, 2013

'izzah 2

bismillah,

Ramadhan snippets 1.

This is about a lady, I first knew just 2 months back. Si Mawar berharga.
She is the first Somali woman I've met that does not wear the hijab (because usually Somalis are very traditional, they wear the black abaya at all times).

Tetapi, dia sungguhlah izzah tentang Islam. Pada semua orang pun dia ceritakan tentang Islam. Pada non muslim, pada muslim yang tidak practicing, pada semua.

Ramai di tempat itu tidak berpuasa di bulan Ramadhan, tidak solat, walaupun muslim. Saya tidak menyalahkan mereka, kebiasaannya, jika keadaan hidup dhoif, peluang untuk mengenali agama memang jauh lebih rendah.

bersinar, walau di kelompok gelap suram #subhanallah
Dan Si Mawar berharga ini, tetap bersinar dalam kelompok yang hitam pekat itu. Dia membawa Quran terjemahan, dan menghadiahkannya pada rakan yang tidak pernah solat tidak pernah puasa penuh ramadhan itu. Selamba. Dengan penuh kasual, dia bercerita tentang pintu syurga Rayyan, yang hanya dimasuki orang-orang berpuasa. Dengan penuh yakin dan 'izzah, dia mengajak semua untuk cuba berpuasa. Menceritakan tentang kebesaran Allah.

Dia menyebarkan apa yang dia tahu. Apa yang dia yakin. Apa yang dia cinta. dah kalau itu yang benar, memang mana mungkin dapat hanya disimpan bukan? Dia mengingatkan saya tentang Abu Dzar. Mungkin belum sempat buang semua karat jahiliyah pada diri, tetapi terus beramal dan beramal. Dengan apa yang ada di dada.

Dia mampu menjadi rahmat pada yang lain. Dia tidak menjadikan kekurangannya, sebagai alasan.

p/s: Ahli-ahli tempat itu ada yang dibesarkan di negara komunis sehingga usia belasan tahun, di negara yang azan pun tidak dibenarkan. Ada pula yang dibesarkan di zaman penindasan Khomeini, sehingga membuatkan dia membenci Islam. Ada yang tidak dibenarkan suami untuk berpuasa, dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment