Sunday, August 18, 2013

proaktif

bismillah.

ramadhan snippets 4.

jika saya disuruh untuk describe the arabs dalam satu perkataan, pasti perkataan 'proaktif' yang akan saya gunakan.

tipikal, bila solat di masjid, satu perkara yang merimaskan kita, adalah betapa tak lurusnya sof. betapa tak rapatnya sof. Dan kita, kadangkala cukup sekadar membetulkan orang kiri dan kanan kita, dan kemudian pulang menyatakan kekecewaan kita (betapa makcik-makcik tak mahu luruskan sof) di facebook.

Tetapi ramadhan lalu, saya menyaksikan betapa pemudi-pemudi arab sangat proaktif. Tanpa mengira usia, sama ada yang tua pangkat nenek mahupun muda pangkat adik-adik high school, mereka akan meluruskan the whole sof, barulah mereka mula solat. Jalan dari kiri masjid, hingga ke hujung kanan, merapatkan sof yang lain, dan meluruskan sof tersebut, sambil bising mulut memberi tazkirah betapa nabi muhammad saw sangat mementingkan sof yang lurus dan rapat. Bahkan ada yang tidak mampu bercakap English pun, turut berani bertazkirah sebegitu walaupun orang lain tak faham cakap mereka.

Dan bila membaca events terkini di egypt, satu demi satu, menunjukkan betapa mereka memang sangat proaktif. Sangat aktif bertindak balas, maka saya nampak itulah hikmahnya ujian maha berat ini diturunkan kepada mereka, dan bukan etnik lain yang tidak sethabat mereka.
39-41= egyptians?
p/s: pasca membaca berita keluarga as-sisi pun berazam untuk membalas perbuatan as-sisi, kerana salah seorang keturunan as-sisi turut di bunuh dalam demonstrasi ini.

Allah, berilah keamanan keselamatan ketenangan kesabaran dan kemenangan kepada saudara-saudara Islam kami!!! Tambahkanlah iman kami, thabatkanlah kami di jalan ini.

No comments:

Post a Comment