Sunday, October 20, 2013

betulkah keputusan ini?

12:22 Allah akan sentiasa reward orang yang berbuat kebaikan. Walau awalnya diuji sebanyak-banyaknya.

Bila kita reflect kisah nabi yusuf alaihissalam, sangat banyakkk baginda diuji. Tidak disukai adik beradik sendiri, hamper dibunuh, di bawa ke tempat yang asing yang baginda tidak kenal sesiapa, diuji pula dengan zulaikha, dan sebagainya.

Banyak sangat. Tapi lepas tu Allah kata, wakazalika najzilmuhsineen. Dan begitulah Allah memberi balasan kepada orang yang tidak putus asa berbuat kebaikan.

Jangan putus asa.

*** 

Seorang ukhti yang sedang dalam proses khitbah ada share, tiba-tiba rasa takut nak kahwin. Tiba-tiba question keputusan diri dalam menerima seorang asing. Dan waktu itu jugalah tiba-tiba ‘kekurangan’ dia tampak begitu besar sekali, macam mana jika tidak boleh get along? Apatah lagi jika itu ‘kekurangan’ yang memang tidak boleh ditukar.

Tidak syak lagi, memang ini mainan syaitan. Yang memang tidak mahu kita berbuat ibadah melengkapkan separuh agama. Tapi what do we do about it?

What the ukhti is now experiencing, is a bit too familiar for me. Saya pernah mengalami perasaan yang exactly sama. Hihi. Bila dia cerita, terus tahu yang tarikhnya sudah dekat. Hehe. 

Dan teringat kata akhawat yang tidak putus memberi support, kata mereka:
 “Allah dah bimbing dan bantu sejak awal perjalanan, Allah pasti akan bantu juga untuk perjalanan seterusnya…!!! Have faith!”

“Sudah istikharah, sudah solat hajat sewaktu membuat keputusan bukan? Dan ini yang Allah mudahkan, tunjukkan jalan. Maka ini pasti sesuatu yang anda mampu melakukannya! inshaAllah”

Dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan.

Post nikah, bila cerita dengan zauj, katanya, inilah nikmatnya cinta selepas nikah. You have the lowest expectation, and you have the mindset of changing yourself to be able to adapt to the other person. Dan bukannya expect orang lain yang akan berubah.

Dan bila kita ikut syariat, kita yakin natijahnya juga pasti yang terbaik juga kan inshaAllah?

Dan kekurangan tadi, akan nyata nampak seperti kelebihan, inshaAllah. Minta pertolongan kepada Allah, yang batu pun akan nampak seperti permata. Betul :p and I guess inilah dia mawaddah dan sakinah yang Allah letakkan pada kita.

Jangan putus asa berbuat kebaikan, mengikut syariat dan boundaries yang ditetapkan, Allah pasti akan reward para muhsineen.

All the best bakal-bakal pengantin! Dan juga pengantin lama. Moga Allah permudahkan urusan kita, dan kekalkan bait muslim kita hingga ke syurgaaa.

No comments:

Post a Comment