Monday, February 24, 2014

menjadi supir di bumi hoki ais

Bismillah,

Di sini, setiap kali cuaca memburuk, pasti akan sangat banyak kemalangan. Pernah ketika snowstorm, kami melihat kira-kira 10 treler terkeluar daripada hwy 401 (semuanya single vehicle accident). incident lain, lebih 10 kereta juga terkeluar dari jalan kerana terspin. hampir semuanya, pemandu akan keluar dari kenderaan dengan selamat.

di sini juga, jarak antara bandar sangat jauh, 4-5 jam perjalanan adalah biasa.  tiadakah pemandu mengantuk atau cuai sebab penat? RnR dahlah tak banyak, pakai autocruise pula, tidakkah berbahaya?



sangat-sangat jarang ada kemalangan melibatkan kematian (atau sebab kurang laporan?). kemalangan yang fatalities less than 5 pun, akan jadi berita besar berminggu-minggu sebab rare.

abah, bila drive di sini, pointed out why. jalan di sini lebar. hampir pasti, setiap route ada emergency lane sebagai ruangan tambahan jika pemandu ter swerve dan sebagainya.

tekstur lane itu juga bergerigi, akan berbunyi kuat apabila bergesel dengan tayar. jika pemandu mengantuk sekalipun, jika termasuk lane itu, pasti akan terus segar kembali.

di kiri kanan jalan, kebiasaannya ada 'longkang' besar, dipenuhi rumput-rumput atau snow. kereta yang kemalangan pasti akan termasuk dalam longkang tersebut, maka kemalangan berhenti sendiri tanpa melibatkan pengguna lain.

dan mungkin, tidak dapat tidak, sikap pemandu di sini. pernah seorang rakan tersilap arah jalan di simpang empat (tidak biasa dengan left hand drive), pemandu dari semua arah berhenti dan memberi jalan untuk kami u-turn.

di highway, pemandu yang kurang laju pula, dengan sangat sopan akan menukar ke lane perlahan jika ternampak ada kereta yang lebih laju di belakangnya, biarpun dia memandu kereta mewah.

kita mungkin tak mampu meniru design jalan kerana geografi tanah air kita, dan tak semua mampu membeli kereta yang safety features extremely selamat, tapi kita boleh meniru sikap dan tingkah laku?

disclaimer: mungkin hanya benar di bandar yang pemandunya sopan. downtown montreal dan downtown toronto mungkin tidak termasuk dalam kategori ini.

p/s: pengalaman june 2010 - february 2014. credit card dah tamat tempoh. tidak boleh lagi menyewa kereta.

No comments:

Post a Comment