Friday, January 15, 2016

Jiran kami orang Palestin

Bismillah,

Sebelum memori ini meninggalkan ingatan, lebih baik saya jot down.

Makcik Dermawan datang menziarahi saya . Dia bawa bersama sebungkus makanan."Untuk jiran Palestin kamu, tolong hantarkan ya Atiqah," kata beliau.

Saya terkedu. Wah, ada orang Palestin tinggal di sini. Tapi erm, kenal pun tidak, bagaimana nak ziarah?

Makcik Dermawan menceritakan jiran saya itu tinggal sehelai sepinggang, tanpa sebarang peralatan atau perabot dirumahnya. Bersedia untuk bila-bila sahaja berangkat ke Mesir dan seterusnya Gaza, apabila border dibuka. Sempadan boleh dibuka bila-bila sahaja, dan kebiasaannya hanya untuk tempoh yang sangat pendek. Maka beliau hidup dari luggage sahaja.

Amanah, maka saya hubungi juga jiran Palestin. Ceria, dan malu-malu dia datang bertemu saya. Menyusahkan sahaja, katanya. Berkali-kali dia menegaskan, dia okay sahaja. Beliau pulang membawa bungkusan makanan berisi salad, lemon, roti, dan traveller mug berisi air kopi panas.

Saya berjanji pada Makcik Dermawan, akan followup jiran itu. Akan mengajaknya makan, akan bertanya khabar.

Janji maniskah?

No comments:

Post a Comment