Friday, July 15, 2016

unlearn

Saya kurang setuju dengan notion #unlearn #unschool.

Ya saya setuju pendidikan tidak sepatutnya berkisar tentang peperiksaan, bilangan A, dan bayi mana mengenal ABC dahulu.

Tetapi untuk menghapuskan terus buku teks dan hanya bergantung #freeplay dan #unstructuredlearning, saya rasakan agak ekstrim. Tak kisah secara homeschool atau public school, saya yakin anak-anak perlu dibimbing untuk dekat dengan ilmu!

Salahkah mahu mendidik seorang lagi Ibnu Sina yang mengkhatamkan buku metafizik tulisan Ariatotle sebanyak 40kali hanya untuk memahamkannya? Dan bukankah ibnu Abbas turut didedahkan dengan ribuan hadith serta wahyu ayat Quran, tanpa dikatakan oh he is too young for it? Let him grow first?

Saya secara ikhlas tertanya-tanya. Berdolak dalik hendak tanya Ustaz yang pakar mengenainya, mahukah dia layan soalan saya? 😂 Tapi sebab page ustaz tidak membenarkan saya send message secara peribadi, maka hantarkan sahaja komen soalan itu. Jazakallahukhoir kerana merungkai persoalan saya ustaz.

Ya tidak salah hendak membesarkan the next Aaishah, tetapi you cannot enforce it on every kid.

Soalan seterusnya, "macam mana nak kenal pasti anak kita kategori Permata Pintar atau biasa-biasa?"
Siapa ada jawapan, kongsi ya dengan saya. Hee.


No comments:

Post a Comment