Wednesday, July 20, 2016

Vaksin: Antara Mitos dan Realiti

Nota dari penyampaian Dr. Nazrila Hairin Nasir, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya.



1. Kematian akibat Difteria adalah 1 dari 3 kes.

2. TIADA DNA khinzir atau sel janin dalam sebarang end product vaksin yang dijadualkan KKM. Namun begitu, tiada vaksin yang mempunyai status halal JAKIM kerana stem halal JAKIM hanya untuk makanan (lol). Jadi perlu rujuk majlis-majlis fatwa. (Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ianya harus).

Perlu ingat juga, hukum halal berubah apabila melalui proses. Contohnya anggur halal, bila diperam jadi memabukkan, maka status bertukar haram. Begitu juga, vaksin Rotavirus (optional) yang ada enzim dari khinzir itu, telah berubah sifat apabila terhasil menjadi vaksin. Kenapa tak guna enzim dari lembu? Kerana enzim dari lembu berisiko mengakibatkan degenerative neurological disease jika dijangkiti mad cow disease

3. Maqasid syariah sangat jelas, nyawa adalah satu anugerah Allah yang sangat utama perlu dipelihara. Adakah kerana Kerajaan Saudi mewajibkan vaksin sejak 1988, kita tidak mahu pergi haji yang merupakan salah satu dari rukun Islam?

4. Susu ibu dan makanan sunnah sebagai vaksin anak? Susu ibu membina antibodi perlindungan awal terhadap penyakit cirit-birit dan jangkitan pernafasan yang teruk, punca utama kematian di kalangan bayi, bukan penyakit seperti batuk kokol, difteria, TB dan lain-lain. Jadi vaksin penyakit itu diperlukan untuk memperkenalkan antibodi khusus kepada badan, buat penyakit-penyakit ini.
Perlindungan anti-jangkitan dalam susu ibu yang dihadam usus hanya sementara sahaja kerana parasnya menurun mengikut masa.berbanding vaksin yang dicucuk ke dalam darah (tahan bertahun-tahun).

Rasulullah saw dan sahabat adalah pemakan tegar makanan sunnah (lol) tapi Rasulullah saw juga memberi kelonggaran kepada sahabat yang putus hidung ketika perang untuk menggunakan emas, dan Zubair Awwam dan Abdurrahman bin Auf untuk menggunakan baju sutera kerana masalah kulit.

5. Banyak produk yang kita gunakan adalah produk Yahudi, termasuk iPhone, Facebook, dan sebagainya. Adakah kita hendak menolak produk hanya kerana bangsa?

Boleh rujuk http://immunise4life.my/ (Sangat komprehensif dan lengkap dari penjelasan ayat al-Quran dan sains).

No comments:

Post a Comment