Thursday, August 25, 2016

phd

Alaa', banyak sangatttt saya belajar dari wanita gaza ini. balik dari setiap pertemuan, boleh tulis satu karangan nasihat.

Semalam dia pesan, sangat - sangat sayang / membazir jika kita tidak terus menerus tingkatkan diri. "After finishing my masters, I told myself I will never hold a book again ever. But here I am, already completed my phd. Allah will only put you through what you are able to do. And we must continue to improve ourselves. "

Dia tinggal jauh dari keluarga, semata-mata untuk PhD (di Gaza tiada resources untuk PhD). Bukan senang, berulang alik ke sana dengan keadaan sempadan tak tahu bila buka, visa expired tapi sempadan masih tak buka, sarat mengandung dan dah habis viva tapi tak boleh balik bersalin di pangkuan keluarga kerana sempadan Rafah tidak dibuka.

Kalau buka pun, bilangan orang yang boleh cross border each time adalah terhad. Maka orang disumbat ibarat sardin ke dalam bas merentasi sempadan itu. Tiada aircond, hampir tiada oksigen, kanak-kanak menangis. Bas pula ditahan lama pula oleh sekuriti Israel tanpa sebarang sebab (gambar dikongsi dengan izin beliau).

Ada yang tanya, kenapa dia datang lagi ke Malaysia (dulu utk htr thesis, dan kali ini untuk viva)? Tak serik ke? Haritu punya susah nak balik Gaza. Duduklah sana diam diam.

1. Orang Gaza tidak pernah kenal erti gentar dan putus asa.
2. Alaa berkata, this is part of their resistance, their jihad. they wont allow the Zionists to decide their future!

23082016




No comments:

Post a Comment