Wednesday, May 3, 2017

Suami hanya pinjaman

Reviu Buku A Temporary Gift.

Baru baca separuh, tapi dah byk muka surat bertanda dan air mata mengalir.

 1. Sejak kahwin ni saya (dan mungkin ramai isteri-isteri) tak dapat bayang kalau kehilangan suami (emotionally especially). Walhal tahu je suami pun pinjaman shj dari Allah, bukan hak milik kita. Boleh ditarik bila-bila masa.

 2. Buku ni benarkan kita selami perasaan seorang isteri yg kehilangan suami. Mmg sangat sama spt yg dirisaukan, jd mmg sgt menyentuh hatilah.

 3. Dari situ banyak mengesankan sy utk lebih hargai suami, perbaiki perkahwinan supaya dapat happy ending (shahid) macam suami Asmaa, supaya sama dengan visi indah di awal kahwin dahulu, dan akhirnya, pergantungan kpd Allah semata.

 4. To believe that we actually only need Allah in our lives. Mcm mana nak capai? Sangat banyak ayat quran yg Asmaa share ke arah tu. Doa-doa beliau, ayat quran yg menguatkan beliau, dll.

 Belum habis baca, tapi dah byk muka surat bertanda dan air mata mengalir.

No comments:

Post a Comment