Wednesday, July 12, 2017

"Jangan antagonize orang, Atiqah"

Having a short temper is one of my main weaknesses, sejak kecil lagi. Di ramadhan ini, saya tahu saya sepatutnya lebih mampu bersabar. Bila hampir setiap hari orang block kereta, tak tinggal nombor, walhal parking lain banyakkkk je kosong; lafazkan "inni soim", dan sabar dalam usaha cari tuan kereta. Realitinya dalam hati rasa nak redah aje, kalaulah ia tak mencalarkan kereta sendiri.

Haritu dalam tazkirah di suatu mesyuarat, diceritakan tentang seorang sahabat Rasulullah saw yang nabi kata akan masuk syurga. Orang selidik keistimewaan beliau, tapi tak jumpa pun amal khusus beliau. Rupanya hanya sbb beliau maafkan everyone sebelum tidur.

So jangan kita remehkan amal kecik ni yg sebenarnya sgt significant pd timbangan amal kita! Maafkan orang, dan sabar. Banyak sangat Allah janji bahawa Allah bersama orang yang sabar.

"Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka” (HR. At Tirmidzi 2507, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad 388, Ahmad 5/365, syaikh Musthafa Al ‘Adawi mengatakan hadits ini shahih dalam Mafatihul Fiqh 44).

Dan nasihat seorang qudama yang menggosok-gosok belakang saya lalu berkata, "Sabar Atiqah. Jangan antagonize orang sangat" akan saya ingat sampai bila-bila. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment